Print

Lawatan wakil Tajammu' ke Institusi Pendidikan Hira Jeram

on .

JERAM, 30 Jan 2013 - Wakil dari Tajammu' Al-Muasassah, Gaza telah berkesempatan berkunjung ke Institusi Pendidikan Hira, Jeram, iaitu salah satu institusi yang dimiliki dan dikendalikan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Program bermula pada jam 2 dan berakhir jam 4:00 petang. Bermula dengan ucapan dari Lembaga Hira, kemudian diikuti oleh ucapan Syeikh Dr. Walid Al-Amoudi dan juga Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.


Persembahan bertenaga dari para pelajar dan warga Hira ketika menyanyikan lagu "Gaza Will Not Go Down" menghangatkan suasana pada petang tersebut. Syeikh Walid Al-Amoudi menitiskan air mata kegembiraan diatas sokongan yg ditunjukkan oleh warga Hira terhadap isu Palestin.

Pengerusi Aqsa Syarif juga melancarkan minggu Palestin pada majlis tersebut. Kelihatan para tetamu begitu girang dan gembira walaupun hanya pertemuan yang singkat yang dapat diadakan.



Inilah di antara keistimewaan menjadi warga sekolah yang berada di bawah rangkaian Sekolah-Sekolah Musleh. Mereka sesekali akan dikunjungi oleh ulama' dan pejuang dari luar negara apabila ada kesempatan di atas kunjungan-kunjungan istimewa dari luar negara. Tentunya murid-murid dan guru-guru juga mendapat suntikkan semangat dengan kedatangan pemimpin Gaza tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Hira Jeram!

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud