Print

Kunjungan isteri As Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

on .

KUALA LANGAT, 1 Feb 2013 - Alhamdullah, Aqsa Syarif Kuala Langat telah dipelawa oleh ADUN Sijangkang, YB Yunus Hairi untuk membuka gerai pameran dan gerai jualan semasa kunjungan Ummu Muhammad, iaitu isteri  kepada Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi, pemimpin HAMAS yang telah terkorban angkara kedurjanaan Israel. Program yang dianjurkan MAPIM dan Salima ini dihadiri lebih kurang 100 orang ahli kariah Masjid Kampung Medan dan bermula seawal jam 8:00 malam. Ia berakhir pada jam 10:00 malam.

Intipati ucapan Ummu Muhammad menekankan tentang peranan umat Islam dalam memastikan syariat terus ditegakkan. Beliau juga menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh pemuda dan wanita. Golongan muda diingatkan supaya tidak menghabiskan masa dengan sia-sia, bersengkang mata hingga jauh malam leka dengan internet. Golongan wanita juga disaran berperanan di dalam dan luar rumah untuk membangun ummah.

Selesai sahaja ucapan Ummu Muhammad, tayangan slaid telah diadakan.

Noor Alistri Ismail
Aqsa Syarif Kuala Langat

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud