Print

Aktiviti dan sumbangan Palestin SMK Sijangkang Jaya

on .

 
BANTING, 23 Jan 2013 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya telah mengadakan aktiviti mengutip derma serta ceramah Palestin dengan kerjasama Aqsa Syarif pada 21 hingga 23 Januari yang lepas. Tabung Kasih Palestin telah dilancarkan pada 21 Januari oleh Pengerusi Aqsa Syarif Kuala Langat, En. Mohd Yusri Dahrumi. Kutipan berjalan selama 3 hari sehingga 23 Januari dan pada hari terakhir telah diadakan ceramah Gaza yang disampaikan oleh Puan Siti Ramlak Ibrahim.
 
 
Jumlah kutipan yang diperolehi adalah RM 4445.00 serta jualan gerai adalah RM 1472.00. Semoga Allah memberkati segala usaha mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan diterima sebagai amal soleh, insya Allah.
 
Noraznayati Abd Manaf
IKRAM Kuala Langat
 
Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud