Print

Perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu Langat

on .

KAJANG, 5 Dis 2012 - Aqsa Syarif Hulu Langat telah dijemput untuk membuat perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu Langat. Jemputan tersebut adalah sempena kempen isu Palestin yang dianjurkan oleh pelajar dan kakitangan kolej tersebut. Tema kempen " WE UNITE FOR GAZA". Majlis bermula dari jam 9:00 sehingga 1:00 tengahari.

 

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, Puan Roslina Lapanditah dan seterusnya melancarkan kempen kutipan untuk Palestin. Majlis dihadiri oleh pelajar-pelajar, kakitangan kolej dan warga di sekitar kolej lebih kurang seramai 50-70 orang. Di samping ceramah diadakan juga pameran, jualan hasil tangan pelajar dan masyarakat setempat dan jumble sale. Dalam tempoh kempen tersebut pelajar akan membuat kempen dan kutipan derma di kompleks membeli-belah di sekitar Kajang. Aqsa Syarif Hulu Langat telah menyediakan bahan pameran dan fliers berkaitan projek-projek di bawah Aqsa Syarif.

Kempen tersebut akan berakhir dengan majlis yang lebih besar yang melibatkan semua kolej komuniti yang akan diadakan pada pertengahan Disember di Sabak Bernam. Puan Roslina menyatakan akan menjemput juga Aqsa Syarif Hulu Langat.

Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil media dari Utusan, Kosmo dan Harian Metro. Selepas ceramah, sesi temubual bersama wakil media telah diadakan.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud