Print

Penganjuran Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 berjaya

on .


Sabtu, 17 Jun 2012 -
Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, Aqsa Syarif dan Belia IKRAM Daerah Hulu Selangor julung kalinya telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 (KBAP'12). Majlis dirasmikan oleh Dr. Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad. Dr. Tahir telah memberikan pengisian ringkas mengenai perjuangan memperjuangkan Palestin  sebelum kejohanan bermula.

 

Tujuan pertandingan ini tidak lain tidak bukan untuk mengumpulkan dana untuk membantu saudara kita di Palestin dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli dan juga masyarakat setempat khususnya warga belia agar mereka dapat merasa kebersamaan dalam isu-isu Palestin.

Setiap langkah dan pukulan untuk Palestin! Insya Allah semoga mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

From the river to the sea, Palestine will be free! Insya Allah.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud