Print

Cakna Palestin: 'Palestine is Calling You'

on .

Sabtu, 26 Mei 2012 - Alhamdulillah. Rentetan daripada program flash mob MYGMJ di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM dan di Stadium Melawati bulan Mac yang lepas, Briged AQSA UiTM terpanggil untuk mengadakan program cakna Palestin, Palestine is Calling You!

Antara objektif program ini ialah menyuntik kesedaran dan melahirkan mahasiswa yang berani To Speak and Care for Palestine.

 

Seramai 32 orang peserta menyertai program intensif ini. Walaupun program dijalankan ketika musim cuti semester, semangat dan komitmen peserta untuk hadir amat dihargai.

Ceramah Palestine is Calling You disampaikan oleh Dr. Tengku Shahrom bin Tengku Shahadan, Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya. Selain menerangkan fakta-fakta Palestin kepada peserta, Dr. Tengku Shahrom menjelaskan secara menyeluruh mengapa dan bagaimana harus Palestin diperjuangkan. Terdapat juga slot FAQs di mana Dr. Tengku Shahrom menjawab semua persoalan lazim mengenai isu Palestin.

Slot istimewa yakni perkongsian pengalaman oleh salah seorang delegasi Malaysia ke Global March To Jerusalem di Jordan disampaikan oleh saudara Muhammad Aiman bin Mohd Zin, dari Aqsa Syarif Gombak.


Di penghujung program, Wakil Sekretariat Aqsa Syarif Shah Alam turut memberi penerangan mengenai program-program terdekat.

Kutipan tabung misi Aqsa2Gaza7: One Family, One Lamp juga telah diserahkan ketika program tersebut.

From the river to the sea, PALESTINE WILL BE FREE!

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud