Print

Ceramah Palestin untuk pelajar tingkatan 4 & 5 SMI Al-Amin, Bangi

on .

Bangi, 25 April 2012 – Satu sesi ceramah telah diadakan di Musolla SMI Al-Amin Bangi pada jam 8:00 pagi, khusus untuk para pelajar tingkat 4 dan 5. Ceramah yang bertajuk ‘Isu Palestin Isu Aqidah’ telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim, Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif dan dihadiri oleh 200 orang pelajar. Edaran info Palestin/Aqsa Syarif dan kutipan sumbangan Palestin turut dijalankan.

 

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah berkenaan, Haji Muhamad Redzuan Jaafar, Pengetua SMI Al-Amin, Puan  Rohida serta muallimin dan muallimah yang lain. Sesi penerangan ini tertumpu kepada sejarah Palestin termasuklah sejarah Masjidil Aqsa, peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di sana selain kisah dan sirah para Anbiya’ dan Rasul yang berkaitan dengan tanah suci tersebut.


Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan para pelajar atas kerjasama yang diberikan semasa perkongsian sejarah Palestin serta sumbangan pelajar yang berjumlah RM 104.60 yang berjaya dikumpulkan.

Comments   

 
0 #1 nur aisyah 2012-08-01 17:58
salam trimas kerana memberitahu kisah palestin pada kami.....salam
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud