Print

Ceramah Palestin untuk pelajar tingkatan 1 & 2 SMI Al-Amin, Bangi

on .


Bangi, 26 April 2012 –
Ahli misi Aqsa To Gaza 2 (A2G2) Ramadhan lalu, Cik Noorhasyimah Ismail telah menyampaikan ceramah kepada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di SMI Al-Amin, Bangi yang bertemakan ‘Isu Al-Quds, Isu Aqidah’. Ceramah yang berlangsung antara jam 8:00 hingga 9:15 pagi itu berjalan secara interaktif, iaitu interaksi secara aktif antara penceramah dengan pendengar melalui soalan kuiz, soal-jawab selain perkongsian secara amali yang dapat memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang isi penerangan yang disampaikan.

 

Selain ceramah, jualan produk Aqsa Syarif dan kutipan sumbangan Palestin turut dijalankan di kalangan pelajar dan para guru yang hadir, dan ternyata amat-amat menggalakkan. Keseluruhan penyampaian berkisar tentang pentingnya masyarakat Islam mengambil berat isu-isu berkaitan permasalahan umat Islam serta jalan penyelesaiannya tanpa dipinggirkan isu Palestin.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran SMI Al-Amin Bangi atas segala kerjasama yang disampaikan sehingga terlaksananya sesi tersebut dengan jayanya. Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul berjumlah RM 90.80.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud