Print

Program Palestin di Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing

on .


Kuala Selangor, 27 April 2012 -
Alhamdulillah, semasa pagi/petang Jumaat tadi telah diadakan Program Palestin anjuran bersama Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor dan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Masjid Nurul Hasanah ini berada di kawasan kampung di tengah-tengah daerah Kuala Selangor. Ini adalah penerusan usaha Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk memperkenalkan Aqsa Syarif serta memberi penerangan mengenai Palestin secara dekat dan memberi peluang kepada penduduk-penduduk pinggiran bersama-sama menyertai jihad pembebasan Palestin ini.

 

Jumlah jemaah ketika solat Jumaat tak ramai, lebih kurang 200 orang yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang kampung serta pelajar-pelajar sebuah pusat takfiz bersebelahan masjid. Tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor, Akhi Mazlan Mohdi. Di atas permintaan Nazir masjid tayangan video Palestin telah diadakan selepas solat Jumaat. Alhamdulillah sejumlah RM 300.90 telah dapat dikutip ketika program.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Nazir Masjid, Tuan Haji Mohd Akhyar A. Rahim serta AJK Masjid kerana telah memberi laluan kepada Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk program ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati sedikit usaha jihad kita ini, insya Allah.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat
Aqsa Syarif Kuala Selangor


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud