Print

Program sukarelawan Aqsa Syarif Subang Jaya

on .

Sabtu, 14 April 2012 - Aqsa Syarif sebagai badan sukarela yang memperjuangkan isu Palestin memerlukan ramai sukarelawan bagi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan program yang telah dirancang. Menyedari kepentingan ini, Aqsa Syarif Subang Jaya (ASSJ) telah mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan sukarelawan yg mantap. Bertempat di Sekolah Rendah Integrasi, Masjid Darul Ehsan, satu program ringkas telah berjaya diadakan dan dihadiri seramai lebih kurang 23 orang peserta.

 

Peserta adalah terdiri daripada khalayak umum yang pernah mendengar ceramah Palestin dan mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Bermula dengan sesi taaruf ringkas jam 9:00 pagi, program diteruskan dengan tayangan video Tears of Gaza. Program disusuli dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Sekretariat ASSJ, Dr. Tengku Shahrom, berkenaan sejarah ringkas Baitul Maqdis, pengenalan tentang Aqsa Syarif dan assignment ringkas kepada peserta. Antara assignment ringkas yang diberi adalah mencari surau-surau, masjid-masjid atau pejabat-pejabat yang boleh dianjurkan sesi ceramah. Program tamat pada waktu Zohor.


Melihat kepada semangat yang ditunjukkan peserta, yang terdiri daripada pelbagai latar warna, program ini dilihat sangat berjaya untuk mengajak khalayak umum untuk sama-sama berdiri dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis. Malah sehingga hari ini, seorang peserta telah berjaya mendapatkan tempat di IMU pada Sabtu ini, 21 April 2012 untuk memberi taklimat, mengutip dana dan menambah penajaan.

Kami ASSJ akan membentuk beberapa kelompok kecil team sukarelawan yang bersedia membantu memberi tenaga dan idea baru kepada team ASSJ yang sedia ada, insyaAllah.

From the river to the sea,
Palestine will be FREE!!

Asyraf Razib


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud