Print

CUCMS anjur program The Crisis in Palestine... Get the Facts!

on .


Cyberjaya, 27 Mac 2012 -
Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor telah dijemput memberikan perkongsian isu Palestin di Auditorium Kampus Utama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada Selasa, 27 Mac yang lalu. Program bermula pada jam 8.30 malam dengan bacaan al-Quran oleh salah seorang pelajar CUCMS.

 

Dr. Hafidzi telah menerangkan beberapa isu Palestin, antaranya Two States Solution dan kaitan Arab Spring dengan masa depan Palestin, selain beberapa soalan dari pihak hadirin. Seramai hampir 100 orang pelajar telah hadir, termasuk beberapa orang pensyarah CUCMS. Turut hadir ialah Presiden MPP CUCMS, Saudara Harith dan Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Putrajaya, Saudara Azlishah.






Setelah ceramah selesai, para hadirin dihiburkan dengan nasyid oleh 3 orang pelajar, mendendangkan lagu Intifada (oleh Rabbani), kemudian mengajak semua yang hadir untuk berdiri menyanyikan lagu Merah Saga (oleh Shoutul Harakah). Pihak penganjur juga turut memberikan cenderamata kepada Dr. Hafidzi sebagai tanda penghargaan. Program tamat pada sekitar jam 10:45 malam. Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan program bermanfaat ini.

Comments   

 
0 #2 admin 2012-04-02 18:18
Aqsa Syarif mengalu-alukan mana-mana jemputan dari para mahasiswa untuk berdiskusi dan mendalami isu Palestin.
Sila hubungi ibu pejabat kami di talian : 03-87334636 , faks : 03-87349636 atau boleh sahaja email jemputan ceramah ke
Terima kasih.

-Memp erkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa-

Aqs a Syarif Pusat
Quote
 
 
0 #1 Nur Amalina Dayana 2012-04-02 15:57
Is there any ways we can have this talk to be held in University Malaya? :)
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud