Print

Kelab Rakan Dinamik UiTM berjaya bawa kesedaran Palestin

on .


Jumaat, 9 Mac 2012 -
Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan program kesedaran Palestin dengan cemerlang dengan kehadiran lebih 3,000 mahasiawa dan mahasiswi UiTM.

Majlis dimulai dengan beberapa ucapan dan tayangan filem Palestin. kemudian diikuti dengan tayangan video projak-projek bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif di Gaza hasil dari sumbangan rakyat Malaysia dengan ulasan selari oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh tetamu undangan Ir. Abdul Rahim Shehab, Presiden Islamic Society of Jabalia, Gaza.

 


Warga kampus UiTM yang hadir didedahkan dengan realiti kezaliman kerajaan dan tentera rejim Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan membunuh, menyakiti, merampas harta milik rakyat Palestin dan memusnahkan bumi ambiya', bumi Palestin.

Para pelajar digesa oleh penceramah jemputan agar memahami akan realiti dan tanggungjawab membantu mempertahankan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa yang merupakan wakaf umat Islam seluruh dunia. Perjuangan di Palestin bukan semata-mata isu keagamaan, malah juga isu kemanusiaan yang perlu diturut sertai oleh segenap lapisan masyarakat.

Israel sesungguhnya sudah keterlaluan. Menafikan hak semua golongan peringkat umur di Palestin. Anak-anak, wanita, orang tua, semuanya teranaya dan berada di dalam tekanan.

Ir. Abdul Rahem, menggesa mahasiswa terus membantu dan menyokong usaha-usaha Aqsa Syarif yang telah berjaya memulakan inisiatif membawa pelbagai projek kemanusiaan, pendidikan, bantuan perubatan dan peojek-projek sosio-ekonomi seperti kilang roti, kredit-mikro, ternakan lembu, ternakan ikan dan sebagainya.


Di penghujung majlis, Saudara Zun Arif Hakim, Pegurus Aqsa Syarif Selangor menyampaikan maklumat program Global March to Jerusalem (GMJ) yang akan diadakan pada 17 dan 30 Mac di Lembah Kelang untuk disertai oleh seluruh warga Malaysia khususnya menjemput warga UiTM.

Komen dari Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Shah Alam, Maliki Abdul Ghani:

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam (KRD) telah diberikan kejayaan oleh Allah SWT dalam menjayakan Malam Kesedaran Palestin di Dewan Tuanku Canselor UiTM dengan kehadiran 3,000++ pelajar dan staf UiTM dengan kutipan lebih RM10,000. Semoga KRD dapat memeriahkan DATC dengan program2 Islamiah dan kesedaran kepada warga UiTM. Mungkin As Sheikh Yusuff Al-Qardawi tengah menunggu tu.

Artikel asal: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2012/03/kelab-rakan-dinamik-uitm-berjaya-bawa.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud