Print

Perkongsian A2G di UNIMAS dan beberapa lokasi di Kuching

on .

Pengalaman menyertai konvoi A2G VP5 terus dikongsi di seluruh negara oleh relawan A2G. Kali ini di Bumi Kenyalang. MPP UNIMAS yang kini diterajui oleh anak muda bersemangat tinggi dan berketerampilan, Saudara Muhammad Mus'ab telah menganjurkan Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan selama dua hari (26-27 Februari 2011) turut menjemput relawan A2G Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar dan pakar rujuk isu Palestin di Malaysia, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor di hari kedua yang di adakan di UNIMAS.

 

Dr. Hafidzi menerangkan dan menghuraikan dengan terperinci rentetan sejarah bumi Palestin yang sehingga kini dikuasi oleh rejim Israel berfahaman Zionis yang zalim. Dr. Hafidzi menerangkan, betapa penting bagi sesiapa yang ingin memahami isu Palestin dan situasi terkini, mestilah memahami susur galur sejarah seawal 1940an dan mereka yang terlibat di dalam percaturan Palestin sama ada para pemimpin Palestin sendiri, pemimpin-pemimpin negara-negara Islam sekelilingnya dan percaturan politik dan konspirasi termasuk yang dilakukan PBB dan negara-negara Eropah dan Amerika semenjak penubuhan gerakan Zionis antarabangsa yang bersidang di Basle, Switzerland pada 1897. Kegagalan memahami agenda di sebalik peristiwa-peristiwa yang berasaskan niat jahat rejim Israel, Britain dan Amerika boleh membawa kepada kesilapan sesaorang itu menanggapi isu Palestin hari ini.

Sesi perkongsian konvoi kemanusiaan ke Gaza A2G kemudian melengkapkan jalan cerita isu Palestin sehingga ke hari ini bagaimana kezaliman rejim Israel terhadap Palestin terdedah secara luasnya di mata dunia melalui sekatan tembok kematian terhadap Gaza semenjak 2006, serangan besar-besaran rejim Israel 2008 dan kebiadapan Israel menyerang dan membunuh 9 sukarelawan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sesi yang penuh bermakna itu telah berjalan dengan berkesan dengan beberapa interaksi di antara para peserta dan penceramah melalui soal jawab dan perbincangan di luar dewan.

YDP MPP UNIMAS turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM 1,600.00 kepada wakil Aqsa Syarif hasil kutipan di dalam program yang dijalankan. Jualan buku-buku mengenai Palestin dan produk-produk Aqsa Syarif turut diadakan di lobi dewan.

Pada hari pertama konvensyen, persembahan nasyid berkonsep perjuangan oleh Al-Farabi Band dari Shah Alam telah memkau hadirin yang memenuhi dewan tempat konvensyen di adakan iditu di UNIMAS.

Dr. Hafizi dan Dr. Mohd Zin turut mengadakan ceramah Palestin di beberapa masjid dan surau di bandar Kuching dan latihan kepada aktivis Aqsa Syarif di dalam ToT (Training for Trainers) di pejabat Pertubuhan IKRAM Sarawak.

Comments   

 
0 #1 sufi mardhatillah 2011-03-10 19:53
Tahniah MPP Unimas atas usaha memberi kesedaran kepada mahasiswa/i Unimas tentang perjuangan membebaskan palestin
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud