Print

Pelancaran Tabung Kasih Palestin di Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Serian

on .

SERIAN, 26 Jan 2013 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Serian telah diadakan di Kompleks Sukan Serian dan dihadiri 30 kontijen yang mengambil bahagian.

Aqsa Syarif Sarawak telah menerima jemputan dan sekaligus pelancaran Tabung Kasih Palestin Aqsa Syarif oleh Yang Behormat Datuk Richard Riot Ak. Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P. 199 Serian.

Print

Roadshow Al-Quds Miri berjaya dianjurkan

on .

Pada 30 Ogos - 2 September 2012, satu program Roadshow Al-Quds telah berjaya dianjurkan Aqsa Syarif Miri dengan kerjasama IKRAM Teens Miri, IKRAM Miri dan Sekretariat MyGaza Mission. Saudara Muhammad Aiman bin Mohd Zin (lepasan UIA Gombak dan ahli delegasi Global March to Jerusalem ke Amman, Jordan) telah dijemput oleh Pengerusi Aqsa Syarif Miri, Saudari Noor Adilah melalui maklumat dari Saudara Mus’ab Muzahar (peserta misi A2G2 / YDP MPP Unimas).

Print

Talk Palestin: Memahami Isu Palestin

on .


Alhamdulillah, pada 2 Mei 2012 yang lepas, satu talk Palestin bertajuk Memahami Isu Palestin telah diadakan di Masjid At-Taqwa, IPG Kampus Rajang. Program bertujuan untuk membawa siswa siswi muslim IPG Kampus Rajang memahami konspirasi Zionis di samping mendedahkan kedudukan sebenar isu Palestin sebagai isu akidah umat Islam.

Print

Training of Trainers (ToT) Aqsa Syarif Sarawak

on .

Walaupun kelihatan jauh di antara para aktivis Aqsa Syarif Sarawak dengan saudara-saudara seperjuangan di Semenanjung, ketibaan kami di Ibu Pejabat IKRAM Serawak dan Aqsa Syarif Sarawak tidak langsung memberikan gambaran tersebut. Pelbagai poster suasana Palestin terpampang di sekitar Pejabat. Juga dihiasi dengan maklumat gerak kerja dan aktiviti IKRAM Sarawak. Suasana ukhuwah dan amal jama'i sebagai satu organisasi jelas tercerna dan ianya bertambah mendekatkan hati-hati aktivis Aqsa Syarif di dalam beramal dan berukhuwah.

Print

Perkongsian A2G di UNIMAS dan beberapa lokasi di Kuching

on .

Pengalaman menyertai konvoi A2G VP5 terus dikongsi di seluruh negara oleh relawan A2G. Kali ini di Bumi Kenyalang. MPP UNIMAS yang kini diterajui oleh anak muda bersemangat tinggi dan berketerampilan, Saudara Muhammad Mus'ab telah menganjurkan Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan selama dua hari (26-27 Februari 2011) turut menjemput relawan A2G Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar dan pakar rujuk isu Palestin di Malaysia, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor di hari kedua yang di adakan di UNIMAS.

Print

Aqsa Syarif Sarawak mula melangkah

on .

25 April bermula sejarah bila mana buat pertama kali Aqsa Syarif menjalankan aktiviti penerangan kepada bakal-bakal petugas khususnya di Kuching. Seramai sekitar 30 aktivis di sekitar Kuching dari pelbagai lapisan hadir.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud