Print

Ceramah di Masjid Permatang Janggus

on .

IKRAM Seberang Perai Tengah dan AQSA Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah melabuhkan tirai 2010 serta menyambut tahun baru 2011 dengan ceramah Palestin di Parlimen Permatang Pauh di Masjid Permatang Janggus, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada hari Jumaat, 31 Disember 2010 sebaik selesai solat Maghrib.

 

Majlis dipengerusikan oleh ahli Ikram seperti Ustaz Zulkefli Bin Ayub yang juga merupakan Imam II Masjid Jamek Permatang Janggus.

Timbalan Pengerusi masjid yang memangku jawatan Pengerusi masjid, Tuan Haji Zainol Mat Lazim dan AJK Siaraya masjid, Mohd Azmer Midin (yang juga merupakan ahli JIMPP) juga telah membantu mempromosikan majlis ini selama 2 minggu atau 2 kali Jumaat berturut-turut dengan meletakkan dan mengedarkan leaflet serta membuat pengumuman 2 kali pada sebelum solat Jumaat. Banner kecil juga dibuat sendiri oleh JK masjid dan diletakkan di tingkap masjid sebagai promosi program AQSA.

Masjid ini juga buat pertama kalinya telah membeli LCD Projector dan skrin berikutan promosi AQSA ini. 2 LCD digunakan satu kepunyaan masjid untuk tayangan muslimin dan 1 lagi LCD dan skrin kepunyaan AJK IKRAM SPT digunakan untuk Muslimat. Sejarah buat masjid ini kerana barokah Palestin telah mendetikkan hati mereka untuk membeli LCD sendiri. Alhamdulillah.

Promosi terakhir mengajak hadirin hadir bersama program ceramah Palestin ini dilakukan oleh khatib khutbah Jumaat dalam khutbah Jumaat yang kedua pada solat Jumaat 31 Disember 2010. Khutbah pada hari tersebut disampaikan oleh Ustaz Fahmi Abu Bakar, AJK Pendidikan IKRAM PP yang juga merupakan penceramah dan pengkuliah tetap bulanan di masjid tersebut.

Ceramah ini berjaya mencatatkan kehadiran lebih kurang 300 orang dengan kutipan daripada para hadirin sebanyak RM2,111.60 dan 4 Riyal Saudi, kutipan peribadi sebanyak RM150 dan kutipan Tabung Palestin pelajar ikhwah UITM Pulau Pinang sebanyak RM 136.80.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud