Print

Muzakarah AQSA Zon Utara

on .

PULAU PINANG, 10 Nov 2012 - Muzakarah Aqsa Syarif (AQSA) Zon Utara telah diadakan di Pejabat IKRAM Pulau Pinang, Taman Kelasah, Seberang Jaya. Muzakarah peringkat zon ini adalah salah satu usaha AQSA untuk memperkemaskini jentera bagi melaksanakan tanggungjawab dengan lebih kemas dan profesional. Ia turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar dan Ir. Dr. Selamat Aliman.

Print

Aqsa Syarif memeriahkan Sambutan 1 Dekad STAIL dan SMART

on .

5 Mac 2011 di Kampung Tok Bedu, Tasik Gelugor, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang telah berlangsung aktiviti besar anjuran Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) bagi menyambut 1 dekad penubuhannya. STAIL mula ditubuhkan pada 1 Januari 2000 di dua buah rumah di Taman Tok Bedu sumbangan sepasang suami isteri kedua-duanya guru yang telah bersara. Kemurahan hati mereka berdua sungguhlah tinggi nilainya. Insya Allah mereka berdualah orang yang paling "kaya-raya" di sisi Allah.

Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar (lulusan Al-Azhar) bersama isterinya, Wardatul Iman Sidu (keturunan Sikh) berkelulusan Bahasa Inggeris adalah dua orang hamba Allah yang mula mewakafkan diri mereka yang baru mendirikan rumah tangga itu untuk membangunkan STAIL dengan bilangan pelajar pra-tahfiz (5 dan 6 tahun).

Dengan pengemblingan Ahli Lembaga Sekolah (ALS) dari pelbagai latar belakang seperti pensyarah universiti, guru, kontraktor dan pentadbir, STAIL terus berkembang secara bilangan belajar dan kawasan fizikalnya yang menyebabkan beberapa rumah berdekatan dibeli dan disewa. STAIL berdaftar dengan MUSLEH dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. STAIL menawarkan sistem pendidikan integrasi Tahfiz, Deeniyah & Akademik.

Kini setelah 10 tahun beroperasi, STAIL berkembang menawarkan sekolah menengah yang digelar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) dan memiliki tanah dan bangunan empat tingkat hasil sumbangan ibu bapa, kerajaan negeri dan ahli-ahli korporat.

Print

Ceramah di Masjid Permatang Janggus

on .

IKRAM Seberang Perai Tengah dan AQSA Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah melabuhkan tirai 2010 serta menyambut tahun baru 2011 dengan ceramah Palestin di Parlimen Permatang Pauh di Masjid Permatang Janggus, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada hari Jumaat, 31 Disember 2010 sebaik selesai solat Maghrib.

Print

Dr Mohd Zin di Pulau Pinang

on .

20 Nov 2010 - Dr Mohd Zin diberi peluang menyampaikan pengalaman beliau dan 6 relawan Aqsa Syarif yang berjaya bersama 400 relawan seluruh dunia memasuki Gaza di Masjid Taman Guar Perahu, Seberang Prai, Pulau Pinang. Penekanan ceramah selain dari kezaliman rejim Israel terhadap Palestin, ceramah tertumpu kepada bagaimana mengumpulkan dana untuk beberapa projek kritikal yang perlu disegerakan dilaksanakan.

Sebelum itu Dr Mohd Zin hadir di majlis Ihtifal Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan juga berpeluang berkongsi secara ringkas pengalaman beliau di Gaza.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud