Print

Warga PSAS jayakan Kempen Save Al-Quds

on .

 
BEHRANG, 9 Ogos 2017 - Kempen Save Al-Aqsa telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Sultan Azlan Shah. Kempen ini anjuran para pelajar DTK5A Sesi Jun 2017, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama MyCARE kawasan Batang Padang. Penasihat program ialah Ustaz Marzuki bin Sepiaail (4 dari kiri).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang situasi genting yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan isu kemanusiaan di Palestin kepada warga politeknik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah teka silang kata, quiz, belon dart dan kutipan untuk tabung Save Al-Aqsa. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Hasilnya, para pelajar dapat mengumpulkan RM853.00 untuk tabung Save Al-Aqsa anjuran MyCARE.

Semoga aktiviti seperti ini dapat menyebarkan isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin kepada lebih ramai anak muda.

JEMPUT kami berkongsi 10-15 minit di tempat anda tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin! Kami boleh ke sekolah, masjid, surau, tempat kerja dan pejabat ANDA!

Hubungi Bro Aiman Khairul Azzam di talian 0122799734 sekarang!
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud