Print

Warga Palestin bantu mangsa banjir

on .

TEMERLOH, 3 Jan 2015 - Misi Solidariti daripada Palestin kepada warga Malaysia berjaya menempuh hari pertama misi. Misi ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat Palestin kepada rakyat Malaysia yang menghadapi ujian banjir, menghulurkan sedikit bantuan dengan membersihkan rumah-rumah yang terkesan akibat banjir.

Destinasi pertama kami adalah sebuah pejabat NGO tarbiyah dan kebajikan, iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia di bandar Temerloh. Kemudian, kami menuju ke Kg. Paya Luas, Temerloh dan berjaya mengeluarkan membersihkan kawasan dalaman 3 buah rumah berkeluasan kaki persegi.

Peralatan yang sangat membantu adalah ‘waterjet’, penyembur air berkuasa tinggi, alat penolak air dan juga berus. Hampir sehari suntuk diperlukan untuk menyelesaikan kesemua tugas-tugas di atas.

Nurhaliza bte Othman, 48, isteri kepada salah seorang tuan rumah tersebut mengatakan ujian sebegini perlulah diredhai untuknya beliau dan keluarganya.

Sebahagian daripada para pelajar Palestin tidak dapat menunggu hingga hari kedua kerana mereka perlu bersedia untuk peperiksaan di universiiti. Syabas dan tahniah kepada pihak Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), khidmat masyrakat i-Bantu, Aqsa Syarif dan juga IKRAM.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud