Print

Imam Muda Muhammad di Kuantan

on .

Kuantan, 9 Ogos 2012 - Di Masjid Bukit Goh, telah bergema dengan bacaan Al Quran oleh Imam Muda Muhammad Ya'qub Al-Hafiz dari Gaza, Palestin yang telah mengimamkan Solat Isya', Tarawikh dan Witir dan seterusnya menyampaikan sedikit tazkirah. Program ini adalah anjuran Aqsa Syarif Negeri Pahang. Alhamdulillah, sambutan amat memberangsangkan termasuk dengan kehadiran Ketua Kampung Bukit Goh. Jumlah kutipan yang diperolehi pada malam tersebut ialah RM 4,049.00 (dicampurkan dengan kutipan di Masjid Bukit Setongkol yang telah sedia ada di dalam tabung).

 

Di antara pesanan yang disampaikan oleh Imam Muda Muhammad Ya'qub yang telah diterjemah oleh Dr. Nik Rahim (Maahad Tahfiz Negeri Pahang) ialah beliau menceritakan akan keperitan hidup yang dialami oleh rakyat Palestin dan bagaimana usaha untuk meroboh Masjid Al-Aqsa terus berjalan selagi belum dibebaskan. Beliau juga menyarankan semua rakyat Malaysia akan menceritakan kepada anak-anak mereka tentang Palestin dan Masjidil Aqsa. Di samping itu beliau menyarankan agar usaha-usaha jihad diteruskan untuk menegakkan Islam.

Alwi Muda
Aktivis Aqsa Syarif
Negeri Pahang

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/08/imam-muda-muhammad-di-kuantan.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud