Print

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang cakna perjuangan Palestin

on .


Proaktif. Dengan izin Allah, itulah tindakan yang telah membawa Aqsa Syarif ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) pada 20 April 2012 jam 8:30 pagi. Apabila Tuan Haji Jailani, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, dapat tahu tentang konvoi darat A2G3, beliau telah secara proaktifnya merancang dan menyusun program dan seterusnya membooking Saudara Azmi Katiman untuk memberikan penerangan lebih lanjut mengenai A2G3 dan Palestin amnya kepada warga JPNP.

 




Program pagi itu telah dihadiri oleh lebih 50 orang warga JPNP termasuklah Timbalan Pengarah dan beberapa orang Ketua Sektor. Antara isi ceramah Saudara Azmi Katiman adalah tentang keberkatan Al-Aqsa, tragedi Deir Yassin, projek-projek Aqsa Syarif di Gaza, juga penghayatan seerah dan ditutup dengan cara-cara bagaimana ingin bersama dengan perjuangan.

Alhamdulillah, RM 1,000.00 ++ telah dapat dikumpulkan. 4 penaja anak yatim dan 5 penaja keluarga mangsa perang juga telah dapat didaftarkan. Lebih 10 org telah memberikan nama utk menjadi sukarelawan Aqsa. Sektor Agama juga telah bersetuju utk mengadakan talk Palestin secara berkala.

Pendek kata, JPNP cakna Palestin! Saya sahkan.

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/jabatan-pendidikan-negeri-pahang-cakna.html

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud