Print

Ceramah A2G3 di Tanjung Besar, Temerloh

on .

Konvoi darat A2G3 dijadualkan pada pertengahan Mei 2012 dan sehubungan itu, aktiviti fund-raising telah dimulakan di Pahang. Pembuka tirai adalah pada hari Jumaat, 13 April 2012 lalu di Masjid Wusto, Tanjung Besar, Temerloh di antara waktu Maghrib dan Isya'. Tajuk ceramah pada malam tersebut ialah 'Bersama Berjuang untuk Palestin' dan ia telah menarik kehadiran lebih 70 orang jemaah lelaki dan wanita.

 

Pada kesempatan itu, pengerusi masjid berkenaan telah bertanya samada beliau boleh menyertai konvoi darat ini. Kutipan yang berjaya diraih adalah sebanyak RM 983.00. Alhamdulillah, beberapa orang hadirin juga telah mengisi borang tajaan anak yatim dan keluarga miskin yang disediakan.

Imam masjid juga merancang untuk menjemput mengadakan ceramah sekali lagi pada bulan depan dan akan membawa Aqsa Syarif ke sekolah beliau kelak, insya Allah.

Azmi Katiman

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/ceramah-a2g3-di-tanjung-besar-temerloh.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud