Print

Perkongsian A2G13 di HTAN

on .

KUALA PILAH, 13 Feb 2013 - Dr. Khabab, seorang aktivis Lense of Gaza pada misi A2G13 yang lepas, telah membuat perkongsian kisah-kisah di sebalik foto-foto yang dibawa pulang dari Gaza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Print

Ceramah Palestin Di Hatiku, Politeknik Nilai

on .

NILAI, 5 Feb 2013 - Semalam telah berlangsung ceramah “Palestin di Hatiku” yang disampaikan oleh Dr. Hafidzi Mohd. Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.

“Jangan samakan kejadian bencana di Palestin dengan bencana di tempat lain, kerana Palestin adalah bumi Anbiya’, terletaknya kiblat pertama ummat Islam," tegas Dr Hafidzi kepada para hadirin.

Print

Retreat BoT AQSA: Memperkemas & memperkasa organisasi

on .

11 Oktober 2012 - Alhamdulillah, kesemua ahli Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif (AQSA) berkampung di Kolej Komuniti Negeri Sembilan selama sehari bagi menjalankan retreat pentadbiran organisasi.

Pelbagai isu berkaitan organisasi, pentadbiran, skop AQSA dan pelaksanaan pelbagai aktiviti, program dan projek-projek AQSA disemak dan dibincang bagi tujuan mengemaskan perjalanan dan pelaksanaan.

Print

Ekspresi Gaza 2012: 1001 ekspresi dizahirkan

on .


Ekspresi Gaza 2012: Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque, anjuran Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Aqsa Syarif benar-benar berjaya menyerlahkan pelbagai bentuk ekspresi oleh penganjur, petugas dan pengunjungnya dikalangan orang ramai dari berbilang kaum dan agama.

Maklumat dan kefahaman menganai isu Palestin kini semakin difahami oleh segenap lapisan. Yang muda mahupun yang dewasa, yang berpendidikan mahupun orang biasa, yang lama berkecimpung mahupun yang baru mengenali isu Palestin. Kesemuanya menunjukkan reaksi dan ekspresi terhadap Gaza dengan 1001 penzahiran di dalam pelbagai bentuk acara formal dan informal di sepanjang program Ekspresi Gaza 2012 iaitu dari 6-8 Julai 2012 yang lalu di perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Print

Ekspresi Gaza 2012 anjuran Politeknik Port Dickson berjaya mengumpul RM15,000.00

on .

Program Ekspresi Gaza 2012: Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque, Palestine yang berlangsung selama 3 hari dari 6-8 Julai 2012 di Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menarik sehingga sekitar 10,000 orang pengunjung. Para pengunjung adalah mereka yang sememangnya datang untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran yang di adakan selama 3 hari yang mereka perolehi maklumatnya dari media-media cetak dan elektronik serta poster yang di edarkan sekitar Seremban, Port Dickson dan Paroi serta sekitarnya.

Para pengunjung juga adalah di kalangan penduduk yang datang beriadah pada waktu pagi, petang dan malam ke kompleks sukan dan sekitarnya.

Sepanjang 3 hari program, Politeknik Port Dickson telah menggunakan empat gerai untuk tujuan Pameran bahan-bahan lukisan hasil seni pelajar dan staf yang bertemakan perjuangan dan pembelaan Palestin.

Print

Politeknik Port Dickson anjur Expresi Gaza 2012: Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque

on .


Aqsa Syarif merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi ruang untuk bersama terlibat di dalam penganjuran program Expresi Gaza 2012 – Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque. Program ini diilhamkan dan dianjurkan oleh Unit Senibina Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Sesungguhnya apa yang diusahakan oleh Unit Senibina, Politeknik Port Dickson dan seluruh warganya adalah suatu yang mulia, terpuji dan unik.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud