Print

Para pelajar Sekolah Teknik Tuanku Jaafar turut bersama membantu perjuangan Palestin

on .


Alhamdulillah satu ceramah dan tayangan filem Palestin di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini.

Sesi perkongsian bermula kira-kira jam 9:45 malam, di mana diterangkan kenapa isu Palestin ini penting dan apa yang berlaku di dunia sekarang. Tayangan filem bermula lebih kurang pada jam 10:00  dan tamat kira-kira jam 12:00 tengah malam. Ternyata para pelajar yang hadir memberikan perhatian yang cukup baik sehingga ke penghujung. Pada sesi penutup, diulas sedikit maklumat-maklumat penting melalui filem yang ditonton dan yang paling penting peranan kita dan para pelajar dalam membantu perjuangan Palestin.

Print

Berita dari Palestin untuk Sekolah As-Syaidiyah

on .

10 Nov 2011 - En. Khalil Khamis berkongsi pengalaman menyertai misi bantuan ke Gaza bersama anak-anak di Sekolah Rendah Islam As-Syaidiyah, Senawang, Negeri Sembilan - sekolah rangkaian IKRAM-Musleh.

Disusun oleh saudara Hasri - Sekretariat Aqsa Syarif Seremban, ceramah ini memberikan pendedahan dan pengalaman bercakap isu Palestin kepada anak-anak sekolah yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Pengalaman di dalam menyampaikan berkali-kali ceramah di sekolah, ini kali pertama seorang murid berjaya menunjukkan di mana lokasi Palestin di atas peta. Tahniah!

Print

Kesedaran perihal Hari Al-Quds Sedunia di Masjid Negeri

on .

Seremban - Sambutan memperingati Hari Al-Quds Sedunia (HAQS) telah berjaya dilangsungkan dengan kerjasama Masjid Negeri, Seremban pada 21 Ogos bersamaan 21 Ramadhan 1432 Hijrah. Program ini merupakan kesinambungan daripada program pelancaran tabung Ramadhan Palestin yang telah dilancarkan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor pada 24 Julai yang lalu di mana ianya bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai projek-projek Aqsa Syarif di Palestin.

Print

Sumbangan 'Back2School'- Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS)

on .

Perhimpunan pagi Isnin 15 Ramadan 2011 tidak seperti perhimpunan biasa. Pada pagi tersebut telah diadakan upucara penyampaian sumbangan warga Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) kepada projek 'Back to School' Aqsa Syarif. Sebanyak RM 4,036.20 telah berjaya disumbangkan oleh murid-murid, ibu bapa dan guru-guru As-Sa'idiyyah.

Sdr Shamsuri Abdullah selaku Pengurus Aqsa Syarif Negeri Sembilan telah menerima sumbangan daripada Mudirah Pn. Norhayati Baharom yang turut diiringi oleh empat orang pelajar sambil memegang 'mock-up' bag. Jumlah tersebut melebihi dari sasaran projek iaitu sebuah kelas menaja satu bag yang berharga RM 100.00.

Print

Usaha Aqsa Syarif berkumandang di Jusco S2

on .

Aqsa Syarif Negeri Sembilan telah diberi peluang untuk berkongsi kepada masyarakat umum mengenai tragedi kemanusiaan dan kesengsaraan yang berlaku di Palestin pada 21 Julai 2011 yang lepas, bersempena dengan Pesta Buku Negeri Sembilan yang sedang berlangsung di pusat membeli belah Jusco Seremban 2.

Print

Program latihan Training of Palestine Speakers (TOPS) Negeri Sembilan 2011

on .

Latihan untuk penceramah Palestin atau Training of Palestine Speakers (TOPS) Negeri Sembilan telah berlangsung pada 16 Julai 2011 di pejabat Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan, Dataran Senawang. Kehadiran peserta terdiri dari anak-anak muda dan dua orang wakil dari IKRAM Melaka yang kesemuanya berjumlah 28 orang. Sesi latihan di isi oleh pakar isu Palestin iaitu Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor yang juga pengerusi Aqsa Syarif. Beliau telah menyampaikan ceramah meliputi topik sejarah, pandangan Islam dan kesan perkembangan Timur Tengah terhadap Palestin.

Di antara tips yang diberikan oleh Dr. Hafidzi dalam rangka menjadi penceramah Palestin yang berwibawa ialah menanamkan rasa cinta pendengar kepada Al-Aqsa, meredamkan perasaan dengan isu Palestin, memahamkan umat tentang Al-Aqsa sebagai tanah suci bukan sebagai ‘rituals’ tetapi sebagai satu kehidupan dan mengajak peserta TOPS mewakafkan diri untuk Al-Aqsa. Dr. Hafidzi juga menekankan agar bakal penceramah Palestin mempunyai pemahaman sejarah yang mantap, memantau perubahan yang berlaku di bumi anbia’ tersebut dengan penuh minat dan mengambil amanah memperjuangkan isu Palestin sebagai tanggungjawab peribadi.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud