Print

Sumbangan 'Back2School'- Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS)

on .

Perhimpunan pagi Isnin 15 Ramadan 2011 tidak seperti perhimpunan biasa. Pada pagi tersebut telah diadakan upucara penyampaian sumbangan warga Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) kepada projek 'Back to School' Aqsa Syarif. Sebanyak RM 4,036.20 telah berjaya disumbangkan oleh murid-murid, ibu bapa dan guru-guru As-Sa'idiyyah.

Sdr Shamsuri Abdullah selaku Pengurus Aqsa Syarif Negeri Sembilan telah menerima sumbangan daripada Mudirah Pn. Norhayati Baharom yang turut diiringi oleh empat orang pelajar sambil memegang 'mock-up' bag. Jumlah tersebut melebihi dari sasaran projek iaitu sebuah kelas menaja satu bag yang berharga RM 100.00.

 

Kempen tersebut turut didokong oleh PIBG SRIAS dengan mengadakan pertandingan menulis kad ucapan buat rakan-rakan pelajar di Gaza yang akan menerima bag tersebut. Sebanyak lima kad ucapan telah dipilih sebagai pemenang. Para pemenang telah dijemput ke pentas untuk menerima hadiah yang disumbangkan oleh PIBG SRIAS seterusnya membacakan kad ucapan mereka.

Pengurus Negeri Aqsa Syarif dalam ucapannya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru, pelajar dan ibu bapa yang telah menyumbang dan berharap kempen tersebut dapat mempertautkan hati-hati umat Islam. Walaupun pelajar di As-Sa'idiyyah tidak mengenali rakan mereka di Palestin tetapi ingatan dan keperihatinan mereka melampaui batasan geografi disebabkan kekuatan aqidah yang menjadi pegangan oramg beriman. Majlis diakhiri dengan murid-murid bergambar mengikut kelas sambil memegang sumbangan 'mock-up bag' dan 'mock-up cheque'.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud