Print

Usaha Aqsa Syarif berkumandang di Jusco S2

on .

Aqsa Syarif Negeri Sembilan telah diberi peluang untuk berkongsi kepada masyarakat umum mengenai tragedi kemanusiaan dan kesengsaraan yang berlaku di Palestin pada 21 Julai 2011 yang lepas, bersempena dengan Pesta Buku Negeri Sembilan yang sedang berlangsung di pusat membeli belah Jusco Seremban 2.

 

Acara bermula seawal jam 8 malam dengan sesi temubual secara langsung oleh pihak pengajur iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kepada wakil Aqsa Syarif Negeri Sembilan. Sesi ini digunakan sebaik mungkin untuk memberi penerangan dan makluman kepada hadirin umum mengenai latar belakang Aqsa Syarif dan projek-projek yang sedang diusahakan. Acara diteruskan dengan sesi pengisian oleh Pengerusi Aqsa Syarif Negeri Sembilan, Hj Shamsuri Abdullah. Kupasan dan pendedahan terkini mengenai isu umat dan kemanusiaan yang berlaku di Palestin menarik perhatian pengunjung pelbagai kaum yang berada di sekitar ‘speaker corner’.

Tayangan video yang diselang-selikan bersama pengisian ternyata meruntun jiwa hadirin yang singgah. Majoriti hadirin tergamam dengan kekejaman yang berlaku dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Palestin. Ternyata isu Palestin ini mendapat perhatian dan sambutan yang baik daripada masyarakat majmuk di negara ini. Di samping itu, terdapat juga pameran, jualan barangan Aqsa Syarif untuk pengunjung yang berminat dan kutipan derma khusus untuk rakyat Palestin sepanjang majlis berlangsung. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam. Semoga isu Palestin ini sinonim dan sebati dalam jiwa setiap masyarakat sehinggalah ianya dibebaskan.

Artikel asal: http://negeri9.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=106:usaha-aqsa-syarif-berkumandang-di-jusco-s2&catid=3:berita&Itemid=7

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud