Print

Ceramah Ustaz Hasanuddin di USIM, Nilai

on .

Nilai, 31 Mac 2011 - Bertempat di Dewan Kuliah Utama 4, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berlangsung satu ceramah Palestin yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus selaku Pengerusi Aqsa Syarif.

 

Ceramah yang bertajuk ‘Palestine Talk’ bersempena Victory Of Al-Aqsa Campaign (VAC’11) telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Gerai jualan produk Aqsa Syarif turut dibuka dan dikendalikan oleh para aktivis dan para siswa di bawah kelolaan Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Sembilan. Kutipan sumbangan yang berjaya dikumpul sepanjang kempen di USIM mencecah RM 3,000. Sumbangan diserahkan oleh penganjur kepada Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Nilai, Encik Asri Loke Abdullah.

Majlis ceramah tersebut juga diceriakan dengan persembahan alunan nasyid, sesi soal jawab dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta reka bentuk kemeja-T Palestin USIM.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud