Print

Ceramah Ustaz Hasanuddin di USIM, Nilai

on .

Nilai, 31 Mac 2011 - Bertempat di Dewan Kuliah Utama 4, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berlangsung satu ceramah Palestin yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus selaku Pengerusi Aqsa Syarif.

 

Ceramah yang bertajuk ‘Palestine Talk’ bersempena Victory Of Al-Aqsa Campaign (VAC’11) telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Gerai jualan produk Aqsa Syarif turut dibuka dan dikendalikan oleh para aktivis dan para siswa di bawah kelolaan Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Sembilan. Kutipan sumbangan yang berjaya dikumpul sepanjang kempen di USIM mencecah RM 3,000. Sumbangan diserahkan oleh penganjur kepada Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Nilai, Encik Asri Loke Abdullah.

Majlis ceramah tersebut juga diceriakan dengan persembahan alunan nasyid, sesi soal jawab dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta reka bentuk kemeja-T Palestin USIM.

Comments   

 
0 #3 afifi 2011-05-27 11:30
alhamdulillah syukur kepada Allah atas kesempatan yg diberikan..seti nggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak Aqsa Syarif dan Ust Hasanuddin atas kesudian membaerikan talk di USIM...Alhamdul illah..semoga kita terus thabit didalam dakwah...insyaA llah...

p/s hehe xsangka gambar ana ada sekali ^_^
Quote
 
 
0 #2 ubaidah 2011-04-08 20:05
Salam..setinggi 2 kesyukuran dgn kejayaan program palestin di USIM dgn kerjasama Aqsa Syarif N9..syukran jgk buat ustaz Hasanuddin yg sudi hadir ke USIM..insyallah kami di USIM akan cuba kekalkan momentum Palestin ni.
Quote
 
 
0 #1 Fadhilah binti Jusdi 2011-04-03 10:59
Assalam...insya -Allah, jika kita berusaha untuk membantu saudara kita di tanah Palestin, Allah juga bersama kita...yakin dan percaya, bahawa, pertolongan Allah itu bersama ummah...
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud