Print

Ceramah Palestin Di Hatiku, Politeknik Nilai

on .

NILAI, 5 Feb 2013 - Semalam telah berlangsung ceramah “Palestin di Hatiku” yang disampaikan oleh Dr. Hafidzi Mohd. Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.

“Jangan samakan kejadian bencana di Palestin dengan bencana di tempat lain, kerana Palestin adalah bumi Anbiya’, terletaknya kiblat pertama ummat Islam," tegas Dr Hafidzi kepada para hadirin.

Turut hadir adalah Hisamudin Bin Mohamad Aspar,Yang dipertua IKRAM Nilai dan Hasri Bin Wazir, wakil Aqsa Syarif Negeri Sembilan.


Program ini diadakan bersempena kempen Palestin yang akan berlangsung selama 3 hari, anjuran Pusat Islam Politeknik Nilai. Gerai jualan dan pameran juga akan dibuka sepanjang kempen berlangsung. Pada hari ketiga akan diadakan konsert yang akan menampilkan kumpulan nasyid In-Team dan Saff One.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud