Print

Retreat BoT AQSA: Memperkemas & memperkasa organisasi

on .

11 Oktober 2012 - Alhamdulillah, kesemua ahli Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif (AQSA) berkampung di Kolej Komuniti Negeri Sembilan selama sehari bagi menjalankan retreat pentadbiran organisasi.

Pelbagai isu berkaitan organisasi, pentadbiran, skop AQSA dan pelaksanaan pelbagai aktiviti, program dan projek-projek AQSA disemak dan dibincang bagi tujuan mengemaskan perjalanan dan pelaksanaan.

 

Perjalanan dua setengah tahun AQSA disemak dan keseluruhan pencapaian AQSA sangat membanggkan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa melalui penglibatan aktif ahli-ahli BoT, pegawai-pegawai di ibu pejabat mahupun pengurus-pengurus dan ketua-ketua di peringkat negeri dan daerah serta para aktivis di pelbagai peringkat seperti di IPT dalam dan luar negara.

Melalui pengemblingan tenaga dan pemerkasaan ummah, kini lebih RM5 juta telah disalurkan oleh AQSA kepada rakyat Palestin melalui pelbagai program dan projek kemanusiaan. AQSA sudah dikenali dengan pendekatan mewujud dan membangunkan projek-projek penyediaan makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi di Palestin. Di antara yang menonjol ialah projek kilang roti, projek ternakan lembu, projek tajaan anak yatim dan mikro-kredit. Pada tahun 2012, lebih banyak projek diteroka. Kini AQSA mempunyai lebih 30 projek dan program di Palestin khususnya di Gaza.

Penghantaran misi-misi kemanusiaan ke Gaza juga menjadi perhatian media utama negara dan sering diterbitkan di dalam pelbagai segmen berita dan laporan khas sama ada di media TV mahupun akhbar serta majalah-majalah.

Terima kasih kepada semua pihak dan khususnya para penderma, penaja dan penyumbang. Aqsa Syarif akan terus komited untuk Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa.

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/10/retreat-board-of-trustee-aqsa.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud