Print

Ekspresi Gaza 2012: 1001 ekspresi dizahirkan

on .


Ekspresi Gaza 2012: Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque, anjuran Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Aqsa Syarif benar-benar berjaya menyerlahkan pelbagai bentuk ekspresi oleh penganjur, petugas dan pengunjungnya dikalangan orang ramai dari berbilang kaum dan agama.

Maklumat dan kefahaman menganai isu Palestin kini semakin difahami oleh segenap lapisan. Yang muda mahupun yang dewasa, yang berpendidikan mahupun orang biasa, yang lama berkecimpung mahupun yang baru mengenali isu Palestin. Kesemuanya menunjukkan reaksi dan ekspresi terhadap Gaza dengan 1001 penzahiran di dalam pelbagai bentuk acara formal dan informal di sepanjang program Ekspresi Gaza 2012 iaitu dari 6-8 Julai 2012 yang lalu di perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

 

Ekspresi-ekspresi tersebut dizahirkan melalui hasilan seni lukisan di atas kain kanvas, kertas, imej digital, ceramah, ucapan, pertandingan mewarna, pertandingan tulisan khat, tayangan video, chanting (pekikan), nasyid, lintas langsung DJ, jualan lelongan, perbincangan dan lain-lain.

Empat helai kain putih juga menjadi tempat ekspresi para pengunjung terhadap isu Palestin. Satu helai darinya membentuk bendera Palestin.

Pengarah Politeknik PD, Pengarah Program dan Pengerusi Aqsa Syarif yang hadir di majlis penutupan Ekspresi Gaza 2012 juga turut mempamerkan ekspresi dan tanda tangan masing-masing.

Ekspresi marah, benci, geram, kecam, jelek terhadap Zionis Israel, tenteranya, pemimpimnya, fahamannya, negaranya, rakyatnya jelas diserlahkan dalam pelbagai bentuk. Lukisan, kenyataan lisan, tulisan, seruan dan sebagainya.


Ini menggambarkan betapa jeleknya Israel dan negara itu di mata masyarakat kita. Rata-rata mengecam apa yang telah dilakukan oleh Zionis Israel dan pendokong-pendokongnya terhadap Palestin dan rakyatnya serta seluruh umat Islam dan kemanusiaan.

Israel kini berada di kedudukan yang teramat rendah. Seumpama sampah di tepi jalan dan najis yang busuk, yang tiada harga diri. Semua rakyat Malaysia membenci! Sebaliknya, Palestin - pemimpin dan rakyatnya kini disanjung dan dihormati. Malah diberi simpati yang begitu tinggi.




Rakyat Malaysia yang hadir di dalam Ekspresi Gaza 2012 benar-benar mempamerkan dan menyerlahkan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan pejuang-pejuang serta pendokong-pendokong kepada perjuangan pembelaan dan pembebasan bumi Palestin ini.

Yang muda dan yang dewasa, yang beragama Islam, mahupun yang beragama Hindu, Buddha, Kristian... kaum Cina, Melayu, India yang hadir di Ekspresi Gaza 2012, kesemuanya menunjukkan sokongan dan bantuan serta do'a agar suatu masa nanti Palestin pasti dibebaskan dengan kata-kata sokongan, prihatian, menyatakan bantuan, kasih sayang dan semangat untuk terus berjuang.










Para kakitangan Politeknik Port Dickson pula dengan kesungguhan tinggi membawa dan mengumpulkan barangan, pakaian dan makanan untuk dijual dalam Jualan Amal Gaza bagi disumbangkan kepada rakyat Palestin. Keseluruhannya yakin bahawa kemenangan untuk Palestin semakin hampir dan Israel pasti kecundang dalam masa terdekat.

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/07/ekspresi-gaza-2012-1001-ekspresi.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud