Print

Para pelajar Sekolah Teknik Tuanku Jaafar turut bersama membantu perjuangan Palestin

on .


Alhamdulillah satu ceramah dan tayangan filem Palestin di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini.

Sesi perkongsian bermula kira-kira jam 9:45 malam, di mana diterangkan kenapa isu Palestin ini penting dan apa yang berlaku di dunia sekarang. Tayangan filem bermula lebih kurang pada jam 10:00  dan tamat kira-kira jam 12:00 tengah malam. Ternyata para pelajar yang hadir memberikan perhatian yang cukup baik sehingga ke penghujung. Pada sesi penutup, diulas sedikit maklumat-maklumat penting melalui filem yang ditonton dan yang paling penting peranan kita dan para pelajar dalam membantu perjuangan Palestin.

 



Alhamdulillah juga tepat jam 12:00 malam Kelab Sahabat Aqsa Syarif telah dilancarkan dan kutipan akan dibuat pada hari Jumaat dan akan diserahkan pada Aqsa Syarif bagi misi MyGMJ.

Amir Farid
Aqsa Syarif Negeri Sembilan


Comments   

 
0 #2 admin 2012-08-08 12:54
Terima kasih kerana berminat menganjurkan aktiviti bersama Aqsa Syarif di sekolah berkenaan. Sila hubungi HQ Aqsa Syarif di talian 03-8733 4636 atau e-mail untuk kami aturkan program seperti ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan perancangan kita, insya Allah.
Quote
 
 
0 #1 aizan 2012-08-07 00:13
saya mohon kerjasama dan perhatian dari pihak tuan agar dapat aktiviti seperti ini di SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JA'AFAR,KUALA PILAH. harap pihak tuan dapat memberi respon yg positif dlm jangka masa terdekat..
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud