Print

Berita dari Palestin untuk Sekolah As-Syaidiyah

on .

10 Nov 2011 - En. Khalil Khamis berkongsi pengalaman menyertai misi bantuan ke Gaza bersama anak-anak di Sekolah Rendah Islam As-Syaidiyah, Senawang, Negeri Sembilan - sekolah rangkaian IKRAM-Musleh.

Disusun oleh saudara Hasri - Sekretariat Aqsa Syarif Seremban, ceramah ini memberikan pendedahan dan pengalaman bercakap isu Palestin kepada anak-anak sekolah yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Pengalaman di dalam menyampaikan berkali-kali ceramah di sekolah, ini kali pertama seorang murid berjaya menunjukkan di mana lokasi Palestin di atas peta. Tahniah!

 

Di penghujung sesi, En. Khalil meninggalkan pesanan tentang 4 produk yang perlu diboikot kepada anak-anak di dalam melalui kehidupan seharian. Insya Allah mereka patuh dan akur dengan membawa isu ini kepada keluarga mereka. Alhamdulillah ramai yang bersungguh-sungguh untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada rakan-rakan mereka di Palestin.

Artikel asal: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/11/berita-palestin-untuk-sek-as-syaidiyah.html

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud