Print

Aktivis edar risalah Palestin kepada penunggang beca dan orang ramai

on .


Bersempena A4P, Pengerusi Aqsa Syarif Melaka, En. Aris Sipan dengan dibantu oleh jawatankuasanya serta aktivis dari luar Melaka serta aktivis mahasiswa IPT yang sedang bercuti telah berjaya menguruskan aktiviti kempen dan kutipan dana untuk Palestin berjalan dengan berkesan.

Selain dari mengedar buletin Aqsa Syarif kepada mereka yang berjalan kaki lalu-lalang, aktivis Aqsa Syarif juga mengedarkan risalah Palestin kepada para pelancong yang menaiki beca di Melaka.

Print

Abang beca Melaka sokong perjuangan Palestin

on .


Khemah program A4P sememang berada d ilaluan para abang-abang beca mengambil dan menurunkan pelancong-pelancong yang bergerak dari menara merah jam di tepi tebing Sungai Melaka ke atas bukit di mana dataran dan kota A'Farmosa terletak.

Beberapa pengayuh beca yang mewakili salah satu persatuan telah mengunjungi gerai Aqa Syarif dan menyatakan sokongan dan berhasrat untuk memberi kerjasama pada masa hadapan.

Print

Gerai dan aktivis Aqsa Syarif diserbu pelajar-pelajar sekolah

on .


Melaka Bandaraya Bersejarah sememangnya menjadi tumpuan kepada para pelancong dan pelajar-pelajar sekolah khususnya pada hujung minggu. Sepanjang berlangsungnya A4P di dataran muzium-muzium Melaka, puluhan kumpulan pelajar-pelajar sekolah datang dengan pelbagai saiz rombongan.

Ada di kalangan pelajar-pelajar sekolah tadika, sekolah rendah menengah malah dari IPT di Malaysia. Mereka merancang untuk mengunjungi pelbagai muzium yang menyediakan pelagai artifak dan bahan-bahan untuk dilawati dan dipelajari.

Print

Pendedahan isu Palestin untuk para pelancong di Melaka

on .


Bersempena program Arts for Palestine (A4P) yang dijalankan di dataran muzium-muzium Melaka, pameran dan jualan Aqsa Syarif dan lukisan-lukisan berkaitan perjuangan Palestin oleh politeknik-politeknik di Malaysia telah mendedahkan betapa usaha membantu Palestin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aktivis Aqsa Syarif yang hadir dan menjayakan pameran dan jualan telah mengambil kesempatan mengedarkan bahan-bahan penerangan menenganai Palestin kepada orang ramai yang mengunjungi pusat pelancongan dan muzium-muzium di Melaka. Walaupun mereka hanya lalu lalang, kesempatan disapa oleh para aktivis telah membolehkan penerangan dan penjelasan mengenai isu Palestin disampaikan kepada para pelancong.

Print

A4P: Ceramah terbuka dan derma untuk Palestin

on .

Sabtu, 30 Jun 2012 - Bersempena program Arts for Palestine di dataran Muzium Melaka, satu sesi ceramah Palestin terbuka telah diadakan sekitar 45 minit. Dua orang penceramah telah membentangkan pengalaman msing-masing di dalam konvoi yang mereka sertai dan menyeru orang ramai untuk tampil memahami isu Palestin dan membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar (BoT Aqsa Syarif) menekankan isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat. Ia perlu di lihat sebagai suatu usaha membendung kezaliman oleh rejim Zionis Israel dari terus bermaharajalela. Dr. Zin memetik kata-kata aktivis UK, George Galloway yang menyatakan bahawa ketidak stabilan dunia hari ini dari segi krisis keselamatan dan peperangan adalah disebabkan dan berpunca dari ketidak amanan di Palestin yang dilakukan Israel dan ditaja oleh Amerika dan beberapa negara barat.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud