Print

Arts for Palestine dianjurkan di perkarangan Muzium Melaka

on .


Sabtu, 30 Jun 2012
- Satu program ulung Arts for Palestine (A4P) telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Muzium Melaka (Perzim). Program dijalankan di perkarangan Muzium Malaka iaitu di laluan sibuk para pelancong dalam dan luar negara diadakan selama tiga hari iaitu pada 29 Jun - 1 Julai 2012.

Program di jalankan dengan beberapa aktiviti seperti pameran hasil-hasil seni para sukarelawan dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang diketuai pensyarahnya En. Badrul Hisham dan Politeknik Merlimau serta kolej-kolej komuniti di Kuantan. Hasil-hasil lukisan yang merupakan ekspresi seni para pelajar dan staf politeknik telah dipamerkan dan dijual di dalam program ini.

Print

Rose2Rose di Melaka

on .

Melaka, 26 November 2011 - Alhamdulillah pada jam 9.00 malam bertempat di Pejabat IKRAM Melaka, satu lagi sesi tour Rose2Rose berjaya dilaksanakan di salah satu negeri di Zon Selatan, Melaka. Seramai 22 orang wakil wanita dari beberapa daerah seluruh Melaka telah hadir dalam pertemuan hampir 2 jam 30 minit tersebut. Antara isi kandungan pertemuan adalah berkaitan tiga perkara iaitu:

1. Pengenalan Aqsa Syarif Berhad
2. Sesi Perkongsian Misi A2G2: Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif
3. Pengenalan Projek Pusat Komuniti Wanita: Rose2Rose

Print

Aqsa Syarif di Sambutan Hari Falak Sedunia, Melaka

on .

22 Mei 2011 - Pusat Falak Tanjung Bidara Melaka, telah berlangsung program tahunan sambutan hari Falak Sedunia anjuran Pusat Falak Al-Khawarizmi, Aqsa Syarif telah berpeluang turut memeriahkan sambutan melalui Pameran Aqsa Syarif dan Ceramah Pengalaman Konvoi A2G oleh PM Dr Mohd Zin Kandar. Pengemblingan Pengerusi Aqsa Syarif Melaka, Saudara Aris Sipan, Ustaz  Rofazlin dan Jawatankuasa Aqsa Syarif Muar, pameran telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ceramah selama hampir 2 jam di Auditorium di Pusat Falak yang dihadiri Dato' Mufti Melaka, pelajar-pelajar sekolah, pegawai-pegawai kerajaan dan orang awam.

Print

Ceramah di Melaka 4 dan 5 Ogos 2010

on .

Pada pukul 8:00 malam, hari Rabu 4 Ogos lalu, satu ceramah telah diadakan di Surau Institut Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Ceramah disampaikan oleh Dr. Selamat Aliman dan telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang pelatih dan pensyarah. Jumlah sumbangan yang diterima pada malam tersebut adalah RM 566.00 dan
S $10.00. Jualan pula sebanyak RM 504.00.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud