Print

Pameran AQSA di Muzium Setem Melaka

on .

BANDA HILIR, 30 Mac 2013 - Aqsa Syarif Melaka telah membuka gerai pameran, jualan dan kutipan Palestin di perkarangan Muzium Setem Melaka, Banda Hilir. Tapak gerai disediakan oleh pihak Muzium Setem Melaka bsempena dengan pameran kecil pihak muzium di perkarangan muzium tersebut.

 

Aktivis Aqsa Syarif Melaka mendapat pengalaman yang menarik semasa menjalankan kutipan sumbangan Palestin di kawasan ini, kerana dikunjungi oleh pelbagai latar belakang pelancong dari serata dunia. Bahkan seorang warga Cina yang melancong ke Melaka telah menjadi orang pertama yang memasukkan duit ke dalam tabung kutipan Palestin, sebaik tabung tersebut dikeluarkan dari kereta untuk dibawa ke gerai. Beliau membaca tulisan "Palestin" di tabung tersebut lalu terus mengeluarkan duitnya untuk disumbangkan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk memerdekakan negara mereka itu.

Kutipan kali ini ialah RM 475.55 dan telah diserahkan secara simbolik dari pihak muzium kepada wakil Aqsa Syarif Melaka.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud