Print

Ceramah Palestin di Politeknik Merlimau Melaka

on .

MERLIMAU, 23 Feb 2013 - Aqsa Syarif Melaka, dengan kelolaan Sekretariat AQSA Jasin, telah mengadakan ceramah perkongsian Palestin di Politeknik Merlimau, Melaka baru-baru ini. Ceramah telah disampaikan oleh saudara Masrul Arifin, aktivis Aqsa Syarif Terengganu yang telah ke Gaza pada misi Aqsa2Gaza 8 (misi Ramadhan 1433H yang lalu).

Program juga adalah anjuran Pusat Islam Politeknik Merlimau, dengan tema Malam Gema Palestin. Program pada malam tersebut dimulakan dengan persembahan sajak penghayatan isu Palestin disampaikan oleh 4 orang pelajar Politeknik Merlimau, kemudian disusuli dengan ceramah oleh Saudara Masrul. Aqsa Syarif Melaka juga telah membuka gerai jualan dan pameran Palestin di bahagian belakang dewan tempat anjuran ceramah tersebut, dengan bantuan 4 orang aktivis dari SMI Al-Amin Bestari Merlimau. Jumlah kutipan tabung Palestin pada malam tersebut mencapai RM 3,47.60.

Tahniah kepada semua pelajar Politeknik Merlimau.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud