Print

Aqsa Syarif Kelantan Di MRSM Kota Putera

on .

Pada 26 Julai yang lalu, Aqsa Syarif Kelantan dijemput untuk melibatkan diri dalam program 'Al Aqsa: Menanti Sinar Harapan'. Program ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Al Aqsa, bersempena dengan Minggu Aktiviti MRSM Kota Putera, Besut, Terengganu.

Kelab Remaja Al Aqsa ditubuhkan tahun lalu, ahlinya pelajar tingkatan 1 - 3. Aqsa Syarif Kelantan telah membekalkan bahan-bahan pameran dan jualan serta beberapa video untuk tayangan sepanjang hari. Kesemua ahli kelab tersebut telah memakai T-Shirt berlogo Aqsa Syarif.

Terdapat juga guru yang membeli t-shirt Aqsa Syarif dan memakainya pada malam tersebut. Program pada sebelah malam dipenuhi dengan pertandingan puisi bertema Paalestin, lakonan, persembahan nasyid. Penulis turut diberi slot selama 15 minit dan dalam masa yang singkat itu penulis telah menerangkan projek Aqsa Syarif di Gaza terutama tajaan anak yatim dan keluarga miskin.

Pungutan derma pada malam tersebut melebihi RM100.00. Pihak maktab akan meneruskan kutipan derma di kalangan guru dan kakitangan dan akan diserah kemudian. Hasil jualan sepanjang hari tersebut pula melebihi RM600.00. Insya Allah hubungan baik ini dengan pelajar dan ustaz-ustaz muda di maktab tersebut akan diteruskan. Semoga ianya akan memberi kesan yang signifikan dalam dakwah pada masa hadapan.

Dr. Othman Md Zain
Aqsa Syarif Kelantan


Comments   

 
0 #1 Mohd Azlan bin Bunasir 2012-05-13 11:57
semoga kita dapat berterusan mendidik anak muda mencintai Islam dan palestin.
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud