Print

Ketua Konvoi A2G kagum dengan kesediaan mendengar Tok Guru

on .

Ketua Konvoi A2G berkesempatan menziarahi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz baru-baru ini di pejabatnya di Kota Bahru. Walaupun Tuan Guru tidak berapa sihat, selepas menerima rawatan di hospital Kubang Kerian, namun Tuan Guru sanggup meninggalkan keselesaan dan sebaliknya menengar dengan tekun penerangan pengalaman A2G hampir 1 jam 30 minit.

 

Penerangan pengalaman A2G merangkumi pengalaman berkonvoi bersama aktivis pro-Palestin yang datang dari 40 negara seluruh dunia. "Walaupun saya yakin Tok Guru sangat arif mengenai isu Palestin, namun beliau begitu tekun mendengar penerangan pengalaman saya berkonvoi. Sesekali Tok Guru minta video dimainkan semula apabila ada segmen yang menarik perhatiannya termasuk rakaman khutbah pemimpin Hamas yang menjadi Perdana Menteri Palestin, Syekh Ismail Haniyeh," jelas Dr Mohd Zin.

"Kesediaan mendengar dengan tekun walaupun dalam keadaan beliau kurang sihat, mengajar saya betapa ilmu dan pengetahuan itu perlu sentiasa sesaorang mukmin itu terus cari dan gali." Itulah antara keperibadian muslim sejati.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Kelantan (En. Rusdi Abdullah), Exco Aqsa Syarif Kelantan (Nik Kamaruzaman), Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia (En. Wan Zul) dan Pengurus Syarikat Air Kelantan. Di akhir pertemuan Tuan Guru dan Ketua Konvoi A2G bertukar-tukar cenderahati.

Comments   

 
0 #1 che wan rantissi 2011-01-18 17:26
TERBAIK........ ..!!!!!!!!!!!!!
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud