Print

Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan

on .


Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran Ustaz Hasanuddin pada 13 dan 14 April 2012 yang lalu. Lima slot ceramah dan kuliah telah dirancang untuk Ustaz Hasanuddin.

Memulakan siri kunjungan kali ini ustaz telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz memberi kuliah mingguan di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Kutipan yang dilakukan oleh Briged Amal PAS agak banyak. Kami belum tahu jumlah yang sebenarnya. Dikhabarkan juga terdapat dinar emas dan beberapa keping dirham di dalam tabung derma.

 


Ustaz dibawa menunaikan solat Jumaat di Masjid Pengkalan Kubor, bersempadan dengan Takbai, Thailand. Ceramah Palestin diadakan sebaik selesai solat Jumaat. Agak ramai juga yang tidak meninggalkan masjid untuk mendengar ceramah ustaz.

Ustaz bersolat Asar di Masjid Tok Guru Pulau Melaka dan mengambil kesempatan bertemu Tok Guru yang tidak berapa sihat dan baru saja keluar dari hospital. Tok Guru tidak memberi kuliah pada paginya dan diganti oleh Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nasharuddin.

Ustaz Hasanuddin memberi ceramah selepas solat Maghrib di Masjid Tunjong. Kehadiran sekitar 3 saf lelaki dan 1 saf wanita sahaja. Ustaz juga berkesempatan memberi kuliah subuh di Masjid Kampung Sireh dan pungutan derma juga dibuat.


Menutup siri ceramah ustaz ialah ceramah di Masjid Binjai, Kota Bharu. Di masjid ini YB Ustaz Muhammad Mustafa memberi kuliah mingguannya. YB telah memberi laluan kpd Aqsa Syarif utk mengadakan program. Masjid penuh dengan muslimin dan muslimat yang memberi perhatian kepada ceramah ustaz. Selesai ceramah mereka berebut-rebut meminta borang tajaan anak yatim terutama pihak muslimat sehingga kehabisan borang. Imam masjid bermurah hati akan fotostat sendiri borang dan akan mengedarkannya kepada anak mukim yang berhajat.


Di antara yang menarik perhatian pendengar ialah apabila ustaz bercerita tentang sejarah pembinaan Masjid Al Aqsa, kedudukannya selepas Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi, tempat mi'raj, tempat Ar Rasul menjadi imam ruh para nabi dan rasul sebelum mi'raj, akan tetapi kini terjajah. Ustaz juga menayang video pengalaman diserang dan ditawan oleh komando Zionis. Seterusnya ustaz menceritakan kejayaan projek-projek yang diusahakan oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan orang ramai. Seterusnya ustaz menyebut apa yang boleh dilakukan oleh umat islam dan mengajak orang ramai untuk turut serta dalam membantu rakyat Palestin.

Jumlah kutipan:
1. Masjid Pengkalan Kubor RM 1,021.70
2. Masjid Tunjong RM 485.90
3. Masjid Kampung Sireh RM 618.00
4. Masjid Binjai RM 3,104.00 dan Oman Riyal 100

Jumlah setakat ini: RM 5,229.60 dan Oman 100

Kami masih menunggu hasil kutipan di Medan Ilmu, juga sumbangan peribadi Tok Guru RM 5,000.00.

Dr. Othman Md Zain
SU Aqsa Syarif Kelantan

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/kerancakan-kempen-a2g3-di-kelantan.html

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud