Print

Aktiviti Dr. Hafidzi semasa di Kelantan

on .


Sepanjang kunjungan Prof Madya Dr. Hafidzi ke Kelantan dari 2 sehingga 4 Mac lalu, aturcara program adalah padat sekali. Bermula dengan ceramah selepas solat Jumaat 2 Mac di Masjid Pantai Damat, Bachok. Selepas solat Asar, Dr. Hafidzi dijadualkan mengadakan kunjung hormat kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Namun ditunda keesokan harinya kerana Tuan Guru terlibat dengan acara yang agak padat juga pada hari itu.

 

Selepas solat Maghrib Dr. Hafidzi mengadakan ceramah umum di Masjid Kasa, Pasir Mas. Tempat ini pernah dikunjungi oleh Ustaz Hasanuddin sekembalinya dari misi Mavi Marmara. Dr. Hafizi telah berkongsi pengalamannya semasa berada di Gaza.

Pada pagi Sabtu 3 Mac, Dr. Hafidzi mengadakan kuliah subuh di Masjid Baung, Pengkalan Chepa. Pertemuan dengan Tok Guru diadakan pada pagi Sabtu sekitar jam 10:00. Turut disertai oleh Akhi Md Daud, Pengurus Aqsa Syarif Kelantan dan Akh Wan Zulkifli SU IKRAM Kelantan. Tok Guru menyarankan agar Aqsa Syarif mengadakan dua program besar iaitu, ceramah di Dataran Ilmu iaitu tempat ribuan rakyat Kelantan mendengar kuliah bulanan Tok Guru, dan satu lagi di Balai Islam. Dr. Hafidzi telah memberi cenderahati berupa album aktiviti Aqsa Syarif, buku-buku hasil tulisan Dr. Hafidzi dan cenderahati dari Rose2Rose untuk Purnama.

Selepas solat Asar diadakan majlis khusus bersama ahli IKRAM. Dr. Hafidzi telah memberi penjelasan dengan mendalam akan konsep Two State Solution. Selepas solat Maghrib, diadakan ceramah umum di Masjid Mukim Tapang. Masjid ini adalah pusat aktiviti atau pengkalan dakwah IKRAM Kota Bharu.

Menutup kunjungan Dr. Hafidzi ialah ceramah di SMI Aman, khusus untuk guru dan pelajar. Dr. Hafidzi banyak bercerita tentang peranan  orang muda dalam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan menarik perhatian ramai pelajar.

Dr. Othman Md Zain
SU Aqsa Syarf Kelantan


Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud