Print

Memperingati Hari Al-Quds Sedunia

on .

KOTA BHARU, 30 Ogos 2013 - Telah berlangsung di KB Mall, flash mob Stand Up for Egypt sempena memperingati Hari Al-Quds Sedunia atas inisiatif sukarelawan Rose2Rose. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Abd Fatah Mahmood yang merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Print

Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan

on .


Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran Ustaz Hasanuddin pada 13 dan 14 April 2012 yang lalu. Lima slot ceramah dan kuliah telah dirancang untuk Ustaz Hasanuddin.

Memulakan siri kunjungan kali ini ustaz telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz memberi kuliah mingguan di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Kutipan yang dilakukan oleh Briged Amal PAS agak banyak. Kami belum tahu jumlah yang sebenarnya. Dikhabarkan juga terdapat dinar emas dan beberapa keping dirham di dalam tabung derma.

Print

Aktiviti Dr. Hafidzi semasa di Kelantan

on .


Sepanjang kunjungan Prof Madya Dr. Hafidzi ke Kelantan dari 2 sehingga 4 Mac lalu, aturcara program adalah padat sekali. Bermula dengan ceramah selepas solat Jumaat 2 Mac di Masjid Pantai Damat, Bachok. Selepas solat Asar, Dr. Hafidzi dijadualkan mengadakan kunjung hormat kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Namun ditunda keesokan harinya kerana Tuan Guru terlibat dengan acara yang agak padat juga pada hari itu.

Print

Aqsa Syarif Kelantan Di MRSM Kota Putera

on .

Pada 26 Julai yang lalu, Aqsa Syarif Kelantan dijemput untuk melibatkan diri dalam program 'Al Aqsa: Menanti Sinar Harapan'. Program ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Al Aqsa, bersempena dengan Minggu Aktiviti MRSM Kota Putera, Besut, Terengganu.

Kelab Remaja Al Aqsa ditubuhkan tahun lalu, ahlinya pelajar tingkatan 1 - 3. Aqsa Syarif Kelantan telah membekalkan bahan-bahan pameran dan jualan serta beberapa video untuk tayangan sepanjang hari. Kesemua ahli kelab tersebut telah memakai T-Shirt berlogo Aqsa Syarif.

Print

Ketua Konvoi A2G kagum dengan kesediaan mendengar Tok Guru

on .

Ketua Konvoi A2G berkesempatan menziarahi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz baru-baru ini di pejabatnya di Kota Bahru. Walaupun Tuan Guru tidak berapa sihat, selepas menerima rawatan di hospital Kubang Kerian, namun Tuan Guru sanggup meninggalkan keselesaan dan sebaliknya menengar dengan tekun penerangan pengalaman A2G hampir 1 jam 30 minit.

Print

Perkongsian A2G di tujuh lokasi di Kelantan

on .

Penyusunan yang rapi oleh IKRAM dan AQSA Kelantan Darul Naim telah memungkinkan dengan Izin Allah sesi perkongsian A2G dijayakan dengan lancar di tujuh lokasi strategik dengan kerjasama masjid/institusi tempat ceramah dijalankan.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud