Print

Laporan aktiviti Aqsa Syarif, Sungai Petani untuk bulan Julai

on .

1. Satu sesi ceramah motivasi hasil perbincangan sesama pelajar bertajuk Pengukuhan Kefahaman Islam telah diadakan di Pusat Pengajian Al-Islah (PPAI) Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat, 9 Julai 2010 dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:45 pagi. Seramai 80 pelajar Tingkatan 1 telah menyertai program ini dan antara isu yang diperbincangkan adalah "Peranan Kita Dalam Isu Palestin".  Secara keseluruhan program ini mendapat respon yang cukup baik daripada para pelajar.

2. Bersempena dengan Program Jaya Waris di PPAI pada hari Sabtu, 17 Julai 2010 yang dikendalikan oleh salah seorang ahli lembaga pengarah Aqsa Syarif iaitu Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau Pak Utih, Aqsa Syarif turut dijemput memberikan sedikit ceramah berkaitan dengan isu Palestin dari pukul 12:30 - 12:45 tengahari. Risalah bantuan anak-anak yatim Palestin telah turut diedarkan pada hari tersebut.

3. Di Sekolah Menengah Tunku Ismail, ceramah Palestin telah diadakan pada hari Selasa, 20 Julai 2010 dari pukul 3.30 petang sehingga 6:00 petang. Ceramah telah dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah manusia, Islam, Yahudi dan Nasrani serta pengertiannya. Kemudian diikuti dengan klip-klip video nasyid, misi kemanusian ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara dan tayangan slaid Palestin Menjerit. Program ditutup dengan rumusan dan bacaan doa.

4. Aqsa Syarif telah menyertai Karnival Harmoni bertempat di Central Square, Sungai Petani pada 23 sehingga 25 Julai 2010. Pelbagai program telah dilaksanakan, termasuk pameran yang diadakan selama 3 hari berturut-turut dan ceramah Palestin pada 24 Julai dari pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud