Print

Laungan untuk Palestin

on .

Bersempena Minggu Aktiviti, MRSM Langkawi telah menganjurkan Hari Solidariti Palestin dan program bermula dengan perhimpunan untuk Palestin dimana setiap tingkatan mereka poster, plycard dan banner berkenaan Palestin.

Sesi diteruskan dengan perkongsian Isu Terkini dari Gaza oleh Bro Aiman Khairul Azzam dari Aqsa Syarif.

Video program

Kami sangat memuji kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga MRSM Langkawi dalam memperjuangkan isu Palestin!

Semoga mesej keamanan ini terus membara dikalangan para remaja di Malaysia.

Print

Bersama anak-anak muda Kedah di Tasik Bandar Darul Aman

on .

ALOR SETAR, 8 Dis 2012 - Sekitar jam 6:00 petang sehingga sebelum waktu Maghrib, satu persembahan dari anak-anak muda yang diketuai oleh Miqdad dan rakan-rakan telah memaparkan percubaan yang kreatif dan bersahaja di Tasik Bandar Darul Aman.

Mereka telah mempersembahkan bacaan sajak, flash mob keganasan Israel ke atas penduduk Palestin dan mempamerkan poster-poster boikot McDonalds.

Print

Laporan: Ceramah Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail

on .

Perkongsian ceramah bertajuk "Ramadhan dan Palestin" kepada guru - guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, sebuah sekolah kluster di Johor Bahru pada 27 Julai 2011. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin Jusoh. Sebanyak RM1366.00 beserta matawang lain telah berjaya dikumpul semasa majlis.

Print

Relawan Abdul Wahab Yahya di Kedah terus aktif

on .

Relawan A2G Saudara Abdul Wahab Yahya terus aktif dengan pelbagai aktiviti ceramah dan pameran di merata tempat di utara Semenanjung yang menjangkau ke negeri Perlis dan Langkawi selain sekitar Alor Star dan Sungai Petani.

Terkini, pada 3 April, 2011 beliau memberi ceramah di Surau Kulim Square, Lunas dan pada 7 April, 2011, ceramah Palestin di Surau Ar Raudhah, Petronas Fertilizer, Gurun, Kedah.

Print

Laporan aktiviti Aqsa Syarif, Sungai Petani untuk bulan Julai

on .

1. Satu sesi ceramah motivasi hasil perbincangan sesama pelajar bertajuk Pengukuhan Kefahaman Islam telah diadakan di Pusat Pengajian Al-Islah (PPAI) Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat, 9 Julai 2010 dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:45 pagi. Seramai 80 pelajar Tingkatan 1 telah menyertai program ini dan antara isu yang diperbincangkan adalah "Peranan Kita Dalam Isu Palestin".  Secara keseluruhan program ini mendapat respon yang cukup baik daripada para pelajar.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud