Print

Larian Amal Palestin

on .

Pada pagi 3 Julai 2010, satu program LARIAN AMAL PALESTIN  anjuran UDA Holding, Parlimen Johor Bahru & Utusan Malaysia telah diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana. AQSA SYARIF JOHOR adalah satu-satunya NGO yang telah dijemput untuk membuka gerai pada program tersebut. Selain itu Ustaz Hasanuddin telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada para peserta Larian Amal Palestin tersebut.

Print

Ustaz Hasanuddin di KULIM Berhad

on .

Sabtu, 26 Jun 2010 - Ceramah Palestin & Perkongsian Pengalaman Kapal Mavi Marmara telah diadakan di pejabat KULIM Berhad. Program yang bermula jam 10.30 pagi itu dianjurkan dengan kerjasama KULIM Berhad, Jawatankuasa Dakwah Ammah IKRAM Bandaraya Johor Bahru dan Aqsa Syarif.

Print

Ceramah Palestin di MRSM Pontian

on .

Jumaat, 25 Jun 2010 - MRSM Pontian, Johor telah mengadakan ceramah Palestin kepada 750 orang pelajarnya. Ceramah turut disertai oleh Timbalan Pengetua dan guru-guru. Ceramah diadakan di surau maktab berkenaan.

Ceramah yang bermula jam 8.30 malam itu telah disampaikan oleh Ustaz Dr Aminuddin Ruskam dari Aqsa Syarif. Ceramah telah dimulakan dengan sejarah Palestin yang berkisar kepada keluarga Nabi Ibrahim sehingga terhasilnya bangsa Yahudi. Ustaz Dr juga mengupas makna Yahudi, Israel dan Zionis.

Print

3 pameran Palestin di Johor

on .

Pada 17, 18 dan 21 April yang lalu Aqsa Syarif Pontian telah melibatkan diri di dalam 3 pameran dan kutipan derma untuk Palestin di tiga lokasi berasingan iaitu di Skudai dan Pontian.

Pada 17 April di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Skudai bersempena sambutan Maulidur Rasul. Pameran dan jualan produk AQSA diadakan dan penduduk sekitar taman berpeluang mengenali dan membeli produk-produk Aqsa Syarif sambil menderma.

Print

Aqsa Syarif di Felda Taib Andak Johor

on .

15 April 2010 - Seramai hampir 100 jamaah menghadiri ceramah "Aqsa, kami bersamamu" di Masjid Jami' Felda Taib Andak anjuran bersama Kelab Belia JIM dan masjid tersebut. Hadirin terdiri dari orang dewasa, kaum wanita dan kanak-kanak.

Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (S/U Aqsa Syarif Malaysia) dan Prof Madya Dr Mad Hussin Yunan (Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Johor Bahru Tengah). Sejarah ringkas, perkembangan terkini Palestin dan apa yang harus  dilakukan oleh kita rakyat Malysia menjadi kandungan utama ceramah.

Print

AqsaSyarif di Felda Taib Andak Johor

on .

15 April 2010 - Seramai hampir 100 jamaah menghadiri ceramah "Aqsa, kami bersamamu" di Masjid Jami' Felda Taib Andak anjuran bersama Kelab Belia JIM dan masjid tersebut. Hadirin terdiri dari orang dewasa, kaum wanita dan kanak-kanak.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud