Print

Nurul Syuhada teruja membantu Palestin walaupun tinggal di kampung pendalaman

on .

Semangat berputik setelah berpeluang mendengar ceramah perkongsian misi kemanusiaan ke Gaza yang diadakan di Sekolah Mahaad Lughatul Quran, Muar yang disampaikan oleh Ketua Misi A2G dan A2G2, Dr. Mohd Zin Kandar pada Oktober 2011 anjuran Aqsa Syarif Muar dan alumni sekolah berkenaan.

Tubuh kecil pelajar tingkatan tiga, Nurul Syuhada, yang dilahirkan dan tinggal di Kampung Sri Makmur, Pagoh, Johor sering teringat saudara dan rakan pelajar seumurnya di bumi Palestin. Fikirannya sering memikirkan apakah yang dapat aku lakukan? Layakkah aku untuk berdiam diri, berkurung di rumah cuti sekolah ini? Apakah nasib yang sedang dihadapi sahabatku muslim di Palestin? Persetan Zionis laknatullah! Begitulah agaknya suasana yang dialami Nurul Syuhada selepas menyaksikan slides dan video yang ditayangkan Dr. Mohd Zin di ceramah di sekolahnya.

Print

Lagi hasrat untuk mengikuti konvoi ke Gaza

on .


Jumaat, 9 Disember 2011 -
Selepas Isya, satu ceramah berjudul Palestin - Kami Bersamamu telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor yang sedang menganjurkan Hari Terbuka Kolej. Turut hadir ialah Pengetua Kolej 10 dan felo-felo kolej serta para mahasiswa.

Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar yang dijemput memberikan ceramah telah memulakan dengan menayangkan peta Palestin dan sejarah ringkas sehingga ke hari ini.

Print

Masjid Taman Bukit Indah JB ungguli kaedah kutipan untuk Palestin

on .

Oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar


Hujan mulai turun seawal waktu Asar, 20 November 2011 di sekitar Taman Bukit Indah dan Skudai, Johor. Keadaan hujan semakin lebat mencurah-curah dengan sabungan kilat dan ribut petir silih berganti sehingga melampaui waktu Maghrib. Laluan dari Skudai ke simpang tiga Nusa Bistari mulai dinaiki air.

Beberapa kenderaan tersangut dek air yang mengalir deras seumpama aliran anak sungai.

Print

30 minit yang penuh bererti di Kampung Seri Merlong

on .

Selepas solat Maghrib berjamah, diikuti dengan wirid, zikir dan do'a memohon ditambahkan Allah kekuatan iman, amal, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikurniakan keberkatan dan ketaqwaan yang berpanjangan dengan pimpinan imam masjid yang sangat tawadu'. Begitulah mulianya hidup sebagai seorang mukmin dalam kehidupan berjamaah di Kampung Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor. Para jamaah lelaki dan wanita berusaha memakmurkan masjid yang sederhana tetapi indah di kampung tersebut. Selain warga senior yang begitu tenang kehidupan, berserban, berjubah dan sentiasa riang dan senyum, anak-anak berpakaian baju melayu dan bersongkok mengayuh basikal menuju masjid yang menjadi mercu tanda kampung.

Print

Menanam kesedaran Palestin melalui pertandingan melukis, mewarna dan kuiz

on .

Sabtu, 19 Nov 2011 - Sekali lagi Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program cuti sekolah bersama anak-anak di Kampung Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor. Dengan kesungguhan AJKnya khususnya Nurul Aida bte Mohd.Habib, Rabiatul Atiqah bte Mohd Apandi, Mas Adiba Syahriah bte Mohd Yusoff dan Nur Irdayana bte Hambali satu program ringkas tetapi bermakna telah berjaya diadakan di dewan Masjid Kg tersebut.

Sekitar 2.30 petang hari Ahad yang cerah, kenderaan Ford Escape yang sarat dengan bahan-bahan pameran dan petugas AQSA meluru merentasi titi memasuki kampung yang indah permai itu. Anak-anak kampung sudah sedia menunggu bersama keluarga masing-masing dengan beg di bahu yang mengandungi pensel warna dan alatan melukis. AJK Kelab bergegas membersihkan dewan dan pertandingan sedia dimulakan.

Print

Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA adakan pameran di Kampung Permatang Duku

on .


Semuanya bermula apabila satu ceramah Palestin bagi mengisi keluangan masa selepas PMR diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak Benut, Pontian, Johor (SMKPB) pada bulan Oktober 2011 di atas inisiatif guru kaunseling sekolah berkenaan iaitu Cikgu Haji Saadon Samian (lihat di SINI). Semenjak dari itu, Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA, mula bergerak. Beberapa pelajar yang terkesan dengan ceramah mengenai realiti di Palestin dan keperluan untuk turut melibatkan diri dalam perjuangan pembebasan bumi ummat Islam dan Masjidil Aqsa itu mula menghubungi penceramah saban hari melalui e-mail, telefon dan SMS. Kelab yang kini digerakkan oleh beberapa pelajar lepasan PMR itu telah dibimbing agar merancang sesuatu bagi menyebarluaskan lagi kefahaman menganai isu dan realiti perjuangan Palestin.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud