Sukarelawan BJB promosi A2G3 kepada masyarakat di Pasar Tani Larkin
Johor Bahru, 14 April 2012 - Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 7 orang sukarelawan Aqsa Syarif (AQSA) dari Bandaraya Johor Bahru telah berjaya membuat kutipan di Pasar Tani, Larkin Johor Bahru. Kutipan yang dibuat kali kedua selepas kutipan pertama pada jelajah program Malaysia Global March To Jerusalem (MyGMJ) itu telah mendapatkan kerjasama yang padu daripada pihak FAMA yang bertanggugjawab menguruskan pasar tani tersebut apabila memberikan kelulusan kepada AQSA untuk membuat kutipan selama 6 minggu berturut - turut, bahkan tidak menjadi masalah sekiranya pihak AQSA ingin membuat kutipan setiap minggu setelah berlalunya tempoh 6 minggu tersebut, kata Encik Hamdan, pengurus Pasar Tani Larkin.