Print

Pendebat & pelajar As-Solah School di SMK Taman Daya 1

on .

JOHOR BAHRU, 12 Jul 2013 - Alhamdulillah, hari ini ketiga-tiga pelajar Gaza ini telah dijemput untuk membuat lawatan dan juga memberikan perkongsian kepada warga SMK Taman Daya 1. Sambutan dan respon yang diberikan oleh pihak sekolah menggambarkan yang mereka tidak puas untuk hanya seketika bersama dengan pelajar-pelajar ini.

Print

Aqsa Syarif Johor di Hari Kesedaran Kesihatan

on .

JOHOR BAHRU, 15 Jun 2013 - Aqsa Syarif telah dijemput oleh pihak Advance Pact Healthcare Consultancy and Services untuk turut bersama menjayakan Hari Kesedaran Kesihatan bersama warga penduduk Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor. Dengan jemputan ini, pihak penganjur menyatakan hasrat mereka agar di samping pendedahan mengenai kesihatan, mereka turut menginginkan supaya penduduk kampung didedahkan juga dengan apa yang berlaku di Palestin.

Print

Kolej Tun Fatimah UTM serah RM7,500

on .

SKUDAI, 30 Mac 2013 - Bersempena program besar UTM Berselawat yang telah berjaya dianjurkan dengan cemerlang selama satu minggu dan kemuncaknya pada 24 Februari yang lalu, Pengetuanya, Prof Madya Dr. Mohini telah menjemput Aqsa Syarif sebagai penganjur bersama dan kutipan derma untuk Palestin serta pameran diadakan di majlis berkenaan. Pada masa yang sama tabung berasingan untuk Dana Endowment UTM turut diadakan.

Print

Aqsa Syarif di JB People Festival

on .

JOHOR BAHRU, 24 Mac 2013 - Sekretriat Aqsa Syarif Johor yang diwakili oleh Ustaz Rofazlin menyertai program JB People Festival bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru yang diadakan pada 15 hingga 24 Mac 2013 lalu bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia di sekitar kawasan berkenaan isu Palestin.

Print

Peribadi Rasulullah & hubungan dengan perjuangan di Palestin

on .

Majlis diadakan di Masjid Hj Ahmad Shah, Rimba Terjun baru-baru ini. Dr. Mohd Zin dijemput menyampaikan ceramah dengan tajuk di atas dan kutipan untuk tabung Palestin turut diadakan. Tahniah Tuan Ketua Kampung, Pengerusi, Imam dan jawatankuasa masjid serta jawatankuasa Maulid Nabi tahun ini.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud