Print

Tazkirah isu ummah di Sekolah Menengah Islam Hidayah

on .

JOHOR BAHRU, 22 Sept 2014 - Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menjemput aktivis Aqsa Syarif iaitu Bro Aiman Khairul Azzam untuk menyampaikan tazkirah berkenaan isu ummah kepada lebih 500 orang pelajar. Tazkirah berkisar kepada perkembangan isu di Palestin, Syria dan terbaru di Yaman. Semoga para pelajar SMIH menjadi penggerak kepada ummah ini.

Print

Johor Tour for Gaza kutip dana Palestin

on .

JOHOR BAHRU, 17 Ogos 2014 - Para peserta JT4G yang singgah di beberapa cawangan pasaraya Econsave telah mengadakan kempen kesedaran Palestin dan sekali gus kutipan derma dari orang ramai untuk membantu rakyat Gaza yang baru sahaja di serang dengan dahsyat oleh rejim Israel Zionis.

Print

Pelancaran tabung Palestin di TM wilayah selatan

on .

JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2014 - Hari ini telah berlangsung pelancaran tabung Palestin oleh pihak Telekom Malaysia (TM) cawangan Johor Selatan. Pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Azhar Omar, Naib Presiden Negeri, Telekom Malaysia Johor di majlis bacaan yasin dan tahlil perdana sempena sambutan hari raya di Wisma TM, Taman Sentosa.

Print

Aqsa Syarif di Sambutan Maulidur Rasul KPM

on .

SKUDAI, 21 Jan 2014 - Alhamdulillah Aqsa Syarif telah dijemput untuk mengadakan pameran dan jualan di Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai.

Print

Karnival Peduli Ummah 2013 Smart Khalifah

on .

JOHOR BAHRU, 21 Sept 2013 - Tadika Dzul Iman Smart Khalifah JB telah menganjurkan Karnival Peduli Ummah 2013 untuk menyemai perasaan sayang terhadap saudara-saudara di Palestin, Syria dan Rohingya.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud