Print

Kempen Kesukarelawanan & Kemanusiaan di SMK Senai

on .

KULAI, 8 Okt 2015 - Telah berlangsungnya ceramah Kempen Kesedaran dan Kesukarelawanan MyCARE Johor yg telah diadakan pada jam 12.30 tengahari di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Print

Semangat SMK Taman Daya

on .

JOHOR BAHRU, 17 Sept 2015 - Bergema pula di SMK Taman Daya semangat "We Care, We Share With MyCARE" - Alhamdulillah semangat kebersamaan anak-anak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya terserlah melalui satu lagi program #KitaKanKawan - Kempen Kesedaran Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MyCARE bagi menimbulkan kebersamaan rakyat Malaysia ke atas penderitaan anak-anak Palestin, Syria dan Rohingya serta di mana jua yang dihimpit kesengsaraan.

Print

Ceramah kesedaran di SMK Suria Perdana

on .

BATU PAHAT, 9 Sep 2015 - Alhamdulillah satu ceramah yang bermanfaat dan memberi motivasi kepada sebahagian pelajar tingkatan dua hingga lima telah disampaikan dengan baik oleh Ustaz Rofazlin Jusoh, Eksekutif MyCARE Johor.

Print

Kempen kesedaran, kemanusiaan & kesukarelawanan di SEMESTI

on .

MUAR, 30 Ogos 2015 - Satu ceramah kepada kira kira 500 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti (SEMESTI) telah disampaikan oleh eksekutif MyCARE negeri Johor, Ustaz Rofazlin Johor bertempat di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Dalam ceramah berkenaan, Ustaz Rofazlin telah menyebut beberapa peristiwa yang melibatkan tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Tok Janggut yang mana perjuangannya menentang British di Tanah Melayu ada kaitan dengan fatwa jihad fardhu ain yang dikeluarkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1914, dan berkait rapat dengan agenda penjajah. Sejarah tentang Kota Bentayan yang terletak di Muar juga turut disentuh.

Print

Program kesedaran Palestin di SRIH

on .

SKUDAI, 24 Ogos 2015 - Ceramah kempen kesedaran dan kesukarelawan serta kempen Back to School untuk murid-murid tahap 2 pagi ni telah diadakan di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Ceramah bertajuk Prihatin Ummah, Sebarkan Rahmah ini telah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin Jusoh, Pegawai eksekutif MyCARE Johor.

Print

Training of Volunteers UTHM Johor

on .

BATU PAHAT, 12 Dis 2014 - Pihak Aqsa Syarif telah dijemput untuk menyertai Fiesta Kokurikulum Mahasiswa 2014 (FIESKOM) UTHM. Aqsa Syarif berbesar hati dapat menyumbang memeriahkan fiesta tersebut dengan membuka pameran, membuat jualan dan menyampaikan sot berkenaan volunteerism kepada lebih 70 para pelajar Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud