Print

Perkongsian isu Baitulmaqdis diteruskan

on .

JOHOR BAHRU, 6 Januari 2018 - Membuka jendela dan tirai 2018, MyCARE Johor telah dijemput untuk memberikan perkongsian dan ceramah tentang isu Baitulmaqdis, kota umat Islam seluruh dunia yang menimbulkan kemarahan kepada bukan sahaja umat Islam, malah ditentang oleh mereka yang bukan beragama Islam apabila Presiden Amerika, Donald Trump baru-baru ini mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel. Jazakumullah khairan kathira diucapkan kepada Ustadz Rofazlin bin Jusoh yang telah menyampaikan ceramah beliau pada program tersebut.

Antara acara sepanjang program di Surau Raudhatul Indah,Taman Bukit Indah 2i;

1. Serahan sumbangan dari qariah surau berjumlah RM1,000.00 yang telah siap dikumpulkan kepada MyCARE Johor.
2. Penyerahan sumbangan B2S kepada peserta yang layak menerima bantuan B2S hasil sumbangan qariah setempat dan orang ramai.
3. Pameran dan jualan oleh MyCARE Johor.
4. Serahan sumbangan photobook Wardatun Nisaa sebagai cenderahati dari MyCARE Johor dan kalendar MyCARE kepada pihak surau.

MyCARE Johor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyokong dan menjayakan program ini. Semoga sumbangan semua pihak akan menjadi pemberat neraca amal kita semua di akhirat kelak, insya Allah.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud